Siakap Keli
warner music fest 2024

Warner Music Fest 2024 Bakal Kembali Untuk Edisi Ke-11, Perfume Paradise Sebagai Penaja Utama

Warner Music Fest 2024 Edisi ke-11 Bakal Gegar Universiti Seluruh Malaysia Dengan Persembahan Muzik ‘Live’

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2024 – Warner Music Malaysia (WMM) berbesar hati untuk mengumumkan kembalinya Warner Music Fest 2024 untuk tahun ke-11, menampilkan jelajah muzik secara langsung di lapan universiti di seluruh negara, menghimpunkan bakat muzik terkemuka negara untuk satu siri persembahan yang menarik. Ia juga kali pertama Warner Music Fest akan dibawa ke Sabah dan Sarawak.

WMM juga teruja untuk mengumumkan Perfume Paradise sebagai penaja utama. Dikenali dengan wangian mewah pada harga mampu milik, Perfume Paradise kukuh sebagai jenama minyak wangi terkemuka Malaysia, khususnya dalam menarik minat generasi muda. Perkongsian ini selaras dengan komitmen bersama kedua-dua organisasi untuk menyokong dan memupuk pertumbuhan bakat baru dalam industri muzik Malaysia.

Acara tahunan ini yang bermula pada 2012 terhenti semasa pandemik. Ia kemudian diteruskan pada 2022 dan memberi peluang kepada artis untuk berhubung dengan peminat terbesar dan paling bersemangat mereka iaitu golongan muda.

Jelajah ini akan bermula di Kuching, Sarawak dan diteruskan di Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Sabah dan berakhir di Batu Pahat, Johor. Ia menawarkan perjalanan muzik yang menarik di seluruh Malaysia bermula dari 3 November.

Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Dinesh Ratnam dalam sidang media di The Majapahit @Arcoris menyatakan keterujaannya mengenai jelajah dan misinya. 

warner music fest 2024

“Di Warner Music Malaysia, kami sentiasa komited untuk memupuk dan mempamerkan bakat tempatan. Warner Music Fest 2024 mewakili lebih daripada muzik; ia merangkumi intipati komuniti, kreativiti dan bakat luar biasa yang ditawarkan oleh Malaysia.

“Jelajah tahunan universiti ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan pelajar. Setiap tahun kami menerima sambutan yang sangat positif. Kami mahu membawa muzik terus kepada orang yang banyak memberi inspirasi iaitu golongan muda. Ini adalah salah satu cara kami menghubungkan industri muzik tempatan dengan generasi muda dan memupuk budaya muzik yang bertenaga di Malaysia,” kata Ratnam.

Ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan bakat paling dicari di Malaysia, termasuk Amsyar Leee, Bunga, Dinda Dania, Luqman Podolski, Rizal Rasid, Syamel, TUJU, Wani Kayrie, Zynakal dan ramai lagi. Setiap artis bersedia untuk menawan penonton dengan gaya unik dan lagu popular mereka menerusi keajaiban muzik yang dibawa.

warner music fest 2024

Selain persembahan langsung, pelajar universiti boleh menantikan aktiviti menarik seperti sesi ‘meet & greet’ yang membolehkan mereka bertemu secara dekat dengan artis kegemaran mereka.

“Selepas 11 tahun, Warner Music Fest ini amat penting kerana kami mempunyai keistimewaan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama. Jelajah ini dijayakan dengan sokongan Perfume Paradise sebagai penaja utama, CelcomDigi sebagai rakan telco rasmi, Tao Kae Noi sebagai pembekal makanan ringan rasmi; Buz App sebagai aplikasi komunikasi rasmi dan GRAB sebagai rakan rasmi e-hailing.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya, Warner Music Fest 2024 menjadikan Hot FM sebagai stesen radio rasmi untuk memastikan liputan yang meluas. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada The Majapahit kerana menaja makanan, minuman dan lokasi sidang media ini,” kata Ratnam.

Di bawah ini senarai penuh tarikh dan lokasi Warner Music Fest 2024: 

Dengan deretan artis untuk menarik minat pelbagai cita rasa muzik, Warner Music Fest 2024 bersedia untuk menjadi acara kemuncak tahun ini. WMM berharap dapat memberi inspirasi kepada pencinta muzik generasi akan datang dan memupuk pembangunan industri muzik tempatan.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Warner Music Fest 2024, ikuti media sosial dan layari laman web rasmi Warner Music Malaysia.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.