Siakap Keli

“Orang Lain Beli Rumah, Aku Yang Untung”, Sebulan Boleh Dapat EXTRA RM6,000, Lelaki Kongsi Cara ‘Geliga’ Buat Duit Extra

“Orang Lain Beli Rumah, Aku Yang Untung”, Sebulan Boleh Dapat EXTRA RM6,000, Lelaki Kongsi Cara ‘Geliga’ Buat Duit Extra 

Hidup zaman ini memang ‘keras’, kan? Duit selalu rasa tidak cukup kalau kita cuma bergantung pada satu pekerjaan. 

Lebih-lebih kalau kita menetap di kota dan sudah berkeluarga, biarpun bergaji tinggi, beban kos sara hidup tetap terasa. 

Gaji yang kita dapat setiap bulan, ada masanya memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan peribadi dan juga keluarga. 

Jadi, kita memang tiada pilihan lain. Hendak tak hendak, memang kena kuatkan diri membuat dua atau tiga kerja sambilan. Bila dapat duit lebih nanti, barulah hidup terasa selesa sedikit. 

Namun siapa sangka, seorang pemuda menemui cara yang sangat geliga untuk menambah pendapatannya. 

Tidak perlu mengerah tenaga terlalu kuat atau berjemur panas sepanjang hari, Arieff Iqbal berkongsi caranya menjana pendapatan sampingan sehingga RM6,000 sebulan. 

“Orang beli rumah, aku yang paling untung” 

Macam mana aku dapat income sehingga RM6k sebulan bila ada orang beli rumah di Malaysia?

Bunyi macam tak logik, kan? Tapi itulah trick yang aku nak kongsi dengan korang semua yang pernah struggle macam aku dulu, selalu sesak hujung bulan sebab tak ada pendapatan sampingan. 

Apa yang aku buat ni, kalau aku bagitahu memang ada yang tak suka. Aku buat affiliate, tapi bukan macam affiliate yang biasa korang ‘terkena’ tu. Yang tekan link dekat Facebook lepas tu pergi ke platform jual beli, bukan yang tu. Biar aku jelaskan. 

Affiliate yang aku buat ni aku kenalkan projek perumahan bawah UDA Holdings Berhad (UDA) dalam kempen Be Our Partner (BOP)’

Mula-mula, dengar macam susahkan? Promote rumah untuk dapat duit extra? Baik buat kerja  part time lain. Aku pun awalnya fikir macam tu juga, bukan senang nak jual rumah ni.  

Tapi aku tekadkan niat nak buat juga. Lepas baca semua syarat-syarat yang ditetapkan, aku terus promote kepada kawan yang ada plan nak beli rumah. Bila kawan tu dah berkenan dengan satu  projek UDA ni, aku terus mendaftar dalam link BOP ni . 

Aku tak perlu buat apa-apa tau. Cuma perkenalkan prospek yang betul-betul berminat, sales person UDA akan uruskan segalanya. Sehinggalah pembelian itu berjaya. Selepas mereka sign  agreement jual beli, aku dapat news yang aku layak untuk mendapat ganjaran. Mudah bukan?!

Rupanya taklah susah sangat nak promote sebab projek bawah UDA ini sudah dibahagikan ikut wilayah. So, market tu tak sempit. Kawan aku yang tinggal dekat utara, aku kenalkan projek projek di Wilayah Utara macam Taman Sena Permai dan Mawar @ Taman Sultan Sallehuddin.

Untuk ahli keluarga terdekat macam sepupu aku yang bekerja di Singapura, aku bagitau ada projek hartanah yang sedang hangat bawah UDA di Wilayah Selatan iaitu Areca 4B, Pisonia P3, Sedili Residensi, 21BizHub dan UDA Heights 1C.

Kalau jumpa rakan-rakan atau customer berpotensi di Wilayah Timur, aku promote projek-projek Pelindung Heights (F1B P4) atau Kuala Terengganu Golf Resort F6P1.

Maknanya, tak kisah kau tinggal kat mana sekalipun, kau masih boleh buat duit sebab projek UDA ada di merata tempat. Contohnya, kalau kau jumpa member-member dari Sarawak, aku recommend projek Neu Pendington Apartment dan New Pendington Commercial Lot.

Kalau di Wilayah Tengah, aku akan promote projek Dedaun Residensi, Akasia Raya, dan 38 Bangsar. Tak semestinya kena tinggal di KL untuk jual hartanah kat KL je. Peluang buat duit ni memang terbuka luas.

Aku buat benda ni bulan demi bulan, konsisten cari customer berpotensi. Balik kerja je aku terus cari contact orang-orang yang aku kenal, kongsi tentang projek-projek ni.

Hujung minggu aku keluar cari customer, buat benda yang sama. Mana yang memang berhajat nak membeli, terus aku buat pendaftaran nama mereka dengan UDA.

Bila ada yang proceed je dengan hartanah yang diorang minat, dekat sinilah aku kutip komisyen lumayan untuk setiap projek. Janji nama rujukan itu datang dari aku. Setakat ni paling tinggi UDA pernah bayar dekat aku dekat RM6k sebulan sebab aku close sale satu projek di Sarawak.

UDA akan kreditkan bayaran ini ke akaun bank aku selepas pinjaman perumahan customer yang aku kenalkan lulus atau bila customer buat bayaran deposit 10 peratus.

Jadi setakat ini, BOP UDA ni paling berbaloi aku buat untuk tambah income bulanan. Malah, boleh dapat lebih dari gaji pekerjaan hakiki.

Tak perlu berpanas dan berhujan, memang berbaloi refer orang untuk kempen Be Our Partner UDA ini. Ingat tau, bila kau dah ada prospek atau kawan yang berminat nak beli rumah UDA, kau scan ja QR Code ini.

Yang lain staf UDA yang akan uruskan. Mudah kan?

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.