Siakap Keli
telur dinosaur terkecil
Kredit: Xinhua

Telur Dinosaur Terkecil Di Dunia Ditemui

Telur Dinosaur Terkecil Di Dunia Ditemui

China – Penyelidik China menemui sejenis fosil telur dinosaur berukuran 29 milimeter di daerah Jiangxi, menjadikannya telur dinosaur terkecil di dunia, lapor Xinhua.

Setelah menjalankan penyelidikan selama tiga tahun, para penyelidik dari Jiangxi Geological Survey and Exploration Institute (JGSEI), China University of Geosciences (Wuhan) dan Institute of Vertebrate Paleontology and Paleoanthropology dari Chinese Academy of Sciences mengesahkan fosil yang ditemui ini merupakan telur dinosaur.

Penemuan fosil enam biji telur dinosaur yang dipercayai berusia lebih 80 juta tahun ini didapati bersamaan tempoh penghujung Zaman Batu Kapur.

BACA: Kisah Stuckie, Mumia Anjing Yang Terperangkap Dalam Batang Pokok

Ketika ditemui, fosil telur tersebut didapati berada di dalam sarang yang kelihatan masih elok terpelihara di sebuah tapak pembinaan dalam Bandar Meilin, Daerah Ganxian. Dengan keadaan telur yang hampir sempurna berukuran 29 milimeter, telur dinosaur tersebut mencatatkan rekod fosil telur dinosaur terkecil di dunia.

Kredit: Xinhua

Sebelum ini, rekod berkenaan disandang oleh fosil telur dinosaur yang ditemui di daerah Zhejiang. Fosil telur ini berukuran 45.5 milimeter x 40.4 milimeter x 34.4 milimeter.

Ketua jurutera di JGSEI, Lou Fasheng berkata, fosil telur tersebut didakwa milik dinosaur theropod yang tidak boleh terbang. Pengesanan tersebut dilakukan menerusi imbasan mikroskop elektron dan proses pembelauan serak balik. Proses ini menganalisis struktur mikro kulit telur tersebut. Ia memberi mereka ruang mengenal pasti spesis dinosaur tersebut menggunakan morfologi dan struktur mikro tersebut.

BACA: Hairan, Macam Mana Piring Hitam Rakam & Hasilkan Bunyi?

Menurutnya, penemuan terbaru ini telah memperluas kepelbagaian jenis telur dinosaur dari penghujung Zaman Batu Kapur. Ia ini turut menjadi maklumat penting dalam mengetahui evolusi dinosaur theropod ketika zaman tersebut.

Tambahnya lagi, pihak penyelidik menggunakan imbasan CT mikro bagi membina semula keadaan fosil telur tersebut tertanam. Malah, mereka turut mengkaji proses ia terbentuk, kemudian menentukan jenis dinosaur yang bertelur.

Menerusi kaedah yang sama, pasukan penyelidik turut dapat mengesan kaedah pembiakan spesis dinosaur tersebut. Penemun ini telah direkod dalam jurnal Historical Biology terbitan Taylor & Francis.

BACA: Tak Pernah Guna Tapi Bateri Habis? Ini Cara Jimat Bateri “Remote Spare” Kereta

Sumber: Xinhua

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.