Rodri Pemenang Ballon d’Or 2024
Pemain tengah Manchester City dan Sepanyol, Rodri dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or pada tahun 2024, lapor CNN Sports.
Dalam senarai pemenang anugerah tersebut, Rodri berjaya mengetepikan dua lagi pencabar terdekat Vinícius Jr dan Jude Bellingham yang masing-masing dari Real Madrid menduduki tempat kedua dan ketiga.
Pemain berusia 28 itu berjaya memenangi anugerah ini buat kali pertama selepas prestasi cemerlangnya diperingkat kelab dan pasukan kebangsaan.
Sepanjang tahun 2024, pemain tengah itu membawa Manchester City merangkul Treble sementara membantu skuad kebangsaan Sepanyol menjuarai Euro baru-baru ini.
“Malam yang luar biasa dan cukup bermakna untuk diri saya.
“Selepas semua kerja keras dan cabaran yang ditempuhi ketika fasa gelap demi mencapai matlamat, kini saya berjaya menemui sinar,” katanya selepas dinobatkan sebagai pemenang.
Dalam masa sama, Rodri turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kelab dan rakan sepasukan antarabangsa atas peranan mereka dalam memacu kejayaannya.
Bonmatí dua kali rangkul Ballon d’Or
Sementara itu, pemenang Ballon d’Or perempuan pula dirangkul oleh Aitanna Bonmatí, memenangi anugerah itu dua kali berturut-turut.
Pemain tengah itu membantu membawa Barcelona Femení ke empat kali ganda memenangi gelaran dalam Liga F, Liga Juara-Juara, Piala Super Sepanyol dan Copa de la Reina
Sementara itu, bintang Barcelona Lamine Yamal membawa pulang Trofi Kopa selepas dinobatkan sebagai pemain bawah 21 tahun terbaik.
Meskipun baru berusia 17 tahun, pemain sayap lincah itu menampilkan prestasi cemerlang bersama kelab Barcelona sepanjang tahun lalu dan turut memainkan peranan penting dalam membantu Sepanyol bergelar juara di Euro 2024.
Sumber: CNN Sports