Siakap Keli
hujan lebat awal pagi
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Dijangka Landa 3 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Hujan Lebat Dijangka Landa 3 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan 3 negeri akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 1 pagi nanti.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan tersebut, sebahagian kecil negeri Kelantan dijangka alami hujan lebat. Cuaca buruk hanya melibatkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Di Sabah, MetMalaysia meramalkan hujan lebat di daerah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Sandakan (Tongod).

Manakala di Sarawak, amaran cuaca buruk dikeluarkan bagi daerah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei dan Sibu (Sibu). Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis dan Telang Usan) dan Limbang turut tersenarai.

BACA: Deepavali: Aliran Trafik Semakin Meningkat Setakat 3 Petang Ini

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika berada di luar. Rancang perjalanan percutian sewajarnya dan elakkan berkunjung kawasan berisiko.

BACA: US$3 Bilion Untuk Pembangunan TRX Dialihkan Ke Akaun Najib, Kata Hakim

Biarpun terdapat kawasan yang dijangka menerima hujan lebat, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca panas di tahap berjaga-jaga bagi beberapa kawasan.

Menerusi amaran tersebut, dua kawasan berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Kemaman, Terengganu dan Maran, Pahang. Amaran yang sama turut melibatkan satu kawasan di Sarawak iaitu daerah Limbang.

“Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut,” jelas MetMalaysia.

BACA: Polis Klasifikasi Semula Kes Lelaki Maut Di Chemor Sebagai Bunuh Tanpa Niat

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02E2Xfi5upZ1y2ndbYqURpBQTpL9vrX5mFKf5eAkMpHyvgteht13nFjQ12TeycSqu6l

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.