Siakap Keli
Negeri ribut petir petang ini
Kredit: BERNAMA

7 Negeri Diramal Ribut Petir Hingga 5 Petang Ini

7 Negeri Diramal Ribut Petir Hingga 5 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan tersebut, antara negeri yang terlibat termasuk Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan negeri Perlis.

“Bagi Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Di Perak, hanya daerah Hulu Perak diramal dilanda cuaca buruk itu, selain daerah Rompin di Pahang.

“Manakala, di Johor, daerah yang terlibat adalah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum MetMalaysia.

Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Di Sabah pula hanya melibatkan daerah Pedalaman (Nabawan).

Justeru, penduduk di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga disarankan untuk mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan amaran cuaca melalui saluran rasmi METMalaysia.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini akibat cuaca buruk yang dijangka melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: 3 Kawasan Dijangka Alami Cuaca Panas Tahap 1

BACA: Sekurang-kurangnya 95 Maut Dalam Banjir Dahsyat Di Sepanyol

BACA: Gunung Fuji Pertama Kali Tidak Bersalji Untuk Tempoh Lama

Sumber: MetMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.