Siakap Keli
ribut petir hujan lebat
Kredit: Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di 4 Negeri Hingga Awal Pagi

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di 4 Negeri Hingga Awal Pagi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri sehingga jam 1 pagi nanti.

Menerusi amaran yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia, cuaca buruk diramal akan melanda negeri Terengganu iaitu di Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Selain itu, hujan lebat juga melibatkan daerah Jerantut dan Rompin di Pahang.

Manakala di Sarawak pula melibatkan daerah Sri Aman (Lubok Antu), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).

Beralih ke Sabah, hujan lebat dijangka akan berlaku di daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Kinabatangan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Susulan amaran cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.

Sumber: MetMalaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.