Pengguna Mesin Basuh Front Load Perlu Tahu, Kalau Nak Elak Masalah Ni
Zaman moden kini, kehidupan kita dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti alatan, mesin dan barangan elektronik untuk memudahkan kehidupan seharian.
Baik di rumah, tempat kerja mahupun tempat awam, ada sahaja penambahbaikan terhadap kemudahan dari masa ke semasa. Antara barangan yang sering ditambah baik termasuklah mesin basuh.
Perasan atau tidak, dahulu kita hanya membasuh pakaian menggunakan tangan. Bagaimanapun, bermula dengan penciptaan mesin basuh, kerja mencuci pakaian menjadi lebih mudah.
Bahkan, evolusi mesin basuh sehinggalah sekarang cukup menakjubkan kerana sesetengah barangan elektrik ini mampu mengeringkan pakaian lembab dan pengguna hanya perlu mengangkat pakaian untuk dilipat sahaja.
Seperti yang kita tahu, setiap ciptaan barangan elektrik terdedah kepada kerosakan atau berdepan masalah.
Sehubungan itu, SK akan berkongsikan salah satu masalah yang sering dialami oleh pengguna mesin basuh front load menerusi klip TikTok @Hairul Vcool di bawah.
Sabun mesin front load

Mungkin ramai sebenarnya yang tertanya-tanya, apa benda yang ditunjukkan di dalam klip itu.
Menurut lelaki dalam klip tersebut, ketulan kecil berwarna putih itu adalah serbuk sabun pencuci yang digunakan untuk mencuci pakaian sebelum ini.
Mesin basuh front load tak boleh pakai sabun jenis serbuk

Katanya, pengguna yang menggunakan mesin basuh jenis tersebut tidak digalakkan untuk menggunakan sabun pencuci jenis serbuk.
Perkara ini boleh menyebabkan serbuk sabun berkumpul di dalam tub. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan pakaian anda tidak dicuci dengan baik sekaligus merosakkan mesin basuh berkenaan.
Tambahnya, sebenarnya mesin basuh jenis ini mempunyai sabun khas.
Oleh itu, pengguna tidak boleh menggunakan pelbagai jenis sabun sewenang-wenangnya untuk mencuci pakaian. Cara mudah untuk membeli sabun yang tepat adalah anda perlu membeli sabun yang mempunyai gambar mesin basuh berkenaan.
@hairulvcool Jangan letak sabun serbuk dekat mesin basuh frontload