Sambutan Krismas Peranakan Di Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 28 Oktober 2024 – Musim perayaan kali ini, Santa Grand Signature Kuala Lumpur membawa sentuhan Peranakan yang unik ke meja Krismas dengan “Celebrate a Peranakan Christmas.” Menggabungkan tradisi dan sambutan, hotel ini menghidangkan pengalaman kulinari Peranakan yang penuh warna dan kemesraan.
Para tetamu akan disajikan dengan hidangan Peranakan autentik, melambangkan kekayaan budaya hasil perpaduan warisan Melayu dan Cina. Antara menu yang disediakan termasuklah Peranakan mango bibik dengan salad timun, Nyonya Laksa, Spicy Buttermilk Prawns, serta pilihan istimewa seperti Minute steak striploin beef dengan rendang creamy. Pencuci mulut Krismas seperti kek Yule Log, Panna cotta, dan aneka manisan tempatan juga turut melengkapkan hidangan.
Menu Krismas ini juga menampilkan hidangan klasik lain seperti Tamarind Roast Chicken, Peranakan Lamb Soup, Chicken Terrine, serta aneka kueh tradisional yang pasti menggamit selera. Harga buffet makan malam Krismas Eve ini ialah RM168 nett seorang, dan pilihan vegetarian juga tersedia untuk mereka yang berminat.
Mengulas mengenai perayaan ini, Food & Beverage Manager Santa Grand Signature berkata, “Makan malam ini adalah peluang terbaik untuk mencipta kenangan indah bersama yang tersayang sambil menikmati kehangatan musim perayaan. Tahun ini, kami mempersembahkan masakan Peranakan moden dengan skala besar.”
Bagi yang ingin membawa pulang rasa Krismas ini, hotel turut menawarkan dua kotak hidangan istimewa untuk dibawa pulang. Pilihannya termasuk ayam panggang berempah Peranakan (RM178) atau kaki kambing panggang berempah Peranakan (RM370), sesuai untuk 2-3 orang.
Santa Grand Signature Kuala Lumpur juga menjadi satu-satunya hotel moden berkonsepkan Peranakan di Kuala Lumpur, menjadikan ia bukan sekadar tempat penginapan, tetapi juga duta budaya dalam memperkenalkan dan menghayati keunikan warisan Malaysia.
Jemputan Tempahan: Bagi yang berminat, boleh membuat tempahan segera di talian 03 – 2027 1969 ext. 308.