Siakap Keli

Ada Yang Dah Menang RM11k, ShopeeLive Tawar Baucar RM11 Juta & Diskaun 90% Dijamin Harga Terendah

Perhatian untuk semua kaki online shopping, bulan November tiba lagi. Korang kena bersiap-sedia untuk berbelanja sakan dan dapatkan barang pada harga jauh lebih murah daripada biasa.

Kalau korang jenis tiap-tiap bulan asal masuk gaji je kena check out barang dekat Shopee, korang mesti tahu kan ada satu tarikh dalam setiap bulan, harga barang dekat Shopee dapat diskaun kaw-kaw.

Tapi dalam banyak-banyak bulan, Shopee 11.11 Jualan Hebat pada bulan ini yang paling gempak sebab ada banyak tawaran penjimatan yang tak masuk dan amat menguntungkan semua kaki Shopee.

Jadi, inilah masanya untuk korang nak clear semua senarai barang dalam Add to Cart tanpa perlu tengok akaun bank atau risau poket kering.

Tak perlu berlengah lagi, nah kami kongsikan dengan korang semua tawaran hebat yang boleh korang nikmati sempena JUALAN ATAS TALIAN TERHEBAT 2024.

Penghantaran PERCUMA tanpa Perbelanjaan Minimum

Ini antara tawaran yang paling kaki Shopee nanti-nantikan sebabnya siapa je yang tak suka dengan free shipping.

Maknanya, korang cuma kena bayar harga barang yang korang beli pada harga diskaun dan tak perlu bayar apa-apa kos penghantaran.

Yang bestnya, tawaran ini tak terhad untuk 11.11 je. Sebaliknya boleh dinikmati sehingga 13 November tau.

90% Diskaun Dijamin Harga Terendah

Jika ada satu perkara yang boleh buat semua kaki Shopee tersenyum lebar semasa lihat harga barang yang nak beli, ianya tak lain tak bukan tentulah diskaun, kan?

Dan itulah yang korang dapat kali ini sebab Shopee ada 90 peratus diskaun dijamin harga terendah sempena Shopee 11.11 Jualan Hebat ini.

Jaminan ini ditawarkan kepada semua produk bermula daripada koleksi pakaian, produk kecantikan sehinggalah ke peralatan elektronik yang ada di Shopee.

Korang boleh dapatkan tawaran ini dengan berbelanja pada waktu tawaran Shocking Sales atau tawaran koleksi produk daripada Shopee Choice yang menawarkan diskaun sehingga 90 peratus.

Masa nak bayar nanti, jangan lupa tebus dan guna baucar diskaun sehingga 90 peratus yang ditawarkan oleh penjual, okay.

Tonton Shopee Live setiap hari untuk dapatkan RM 11 Juta Baucar harian

Tak cukup dengan penghantaran percuma dan 90 peratus diskaun, ada pula baucar Shopee Live RM11 juta untuk korang rebut setiap hari.

RM11 JUTA, OKAY!!!

Tonton Shopee Live setiap hari untuk dapatkan RM 11 juta baucar dan gunakan untuk beli semua barang yang dijual dalam siaran langsung kegemaran anda. Tonton untuk dapatkan penjimatan maksima dengan Shopee Live.

shopee 11.11

shopee 11.11

Belanja sakan, Main Kotak Misteri dan Hadiah Menarik untuk geng Shopee

Bagi korang yang ingin menambahkan keseronokan, Rancangan Permainan Kotak Misteri di Shopee Live menawarkan peluang untuk memenangi hadiah sehingga RM1 juta.

Dengan hanya mengangkat panggilan dari hos, korang boleh memilih Kotak Misteri dan berpeluang mendapatkan hadiah utama bernilai RM11,000, serta pelbagai hadiah menarik lain.

Selain itu, haa, kat bawah ni kami tolong senaraikan aktiviti menarik dan tawaran-tawaran lain yang ada untuk korang semua.

10 NOV: Shopee Konsert Mega 11.11 di ShopeeLive & Astro Ria!

shopee 11.11

Sambil korang buat coundown tunggu Jualan Hebat 11.11, korang boleh layan dulu Shopee Konsert Mega 11.11 yang berlangsung pada 10 November jam 8-10 malam.

Konsert ini akan ditayangkan secara percuma menerusi Shopee Live, Astro Ria dan di Sooka tau.

Ramai artis-artis terhebat akan buat penampilan antaranya Elly Mazlein, Radin Era, Farhan Mustapha, Sarkas (Acap S, Shashic & Danial), Nasz Sally, Joey Daud, Siti Nordiana, Hael Husaini, Ernie Zakri, Dato Seri Vida, Izzue Islam, Kahar Boys (Aedy Asyraf, Amir Ahnaf & Sky Iskandar).

Bukan itu je, pelbagai tawaran menarik serta hadiah gempak tersedia untuk korang rebut dan menangi sepanjang konsert tersebut berlangsung.

Tonton Yuna dan ramai lagi selebriti di ShopeeLive pada jam 10 malam sejurus selepas rancangan tv ini, dan berpeluang memenangi sehingga RM11,000!

Jangan lupa set reminder untuk layan Shopee Konsert Mega 11.11 di
https://shopeemy.onelink.me/356033421/SHPTVSHOW okay.

11 NOV: Shopee Kecoh! Jualan Hebat 11.11 di ShopeeLive & TV3!

Korang juga kena tonton Shopee Kecoh! Jualan Hebat 11.11 yang akan bersiaran langsung di Shopee Live dan TV3, jam 9 malam pada 11 November.

Pelbagai persembahan dan sketsa menghiburkan daripada selebriti-selebriti terkenal seperti Izzue Islam, Janna Nick, Dato’ AC Mizal, Dato Seri Vida, Eima Safuan, Sharifah Zarina, Ara Johari, Aya Amiruddin, Haqiem Rusli dan ramai lagi.

Rugi kalau korang terlepas sebab ada banyak tawaran eksklusif akan dibuat dan hadiah menarik untuk dimenangi sepanjang siaran langsung berkenaan.

Set reminder siap-siap dan ikuti live di https://shopeemy.onelink.me/356033421/SHPTVSHOW nanti.

Tawaran 11.11 E-Baucar 11 Sen

shopee 11.11

E-baucar yang satu ini memang sukar untuk ditandingi. Bayangkan, korang boleh pesan menu-menu tertentu Tealive, KFC, Domino dan banyak lagi pada harga hanya 11 sen je! Jangan lepaskan peluang! Nikmati diskaun 50% dari ZUS Coffee sekarang!

Korang boleh tebus e-baucar di https://shopee.com.my/m/dp-e-vouchers pada 11 November ini. Siapa cepat dia dapat, ingat tu.

Shopee Choice Day

Sama seperti e-baucar, korang juga berpeluang untuk membeli produk-produk tertentu pada harga dibawah RM3.

Tawaran terhad ini bermula pada 12 tengah malam 11 November dan berakhir pada 2 pagi.

Sekali lagi, siapa cepat dia dapat. Tawaran disini https://shopee.com.my/m/choice-homepage.

Lifestyle Deals

Tawaran yang ini kalau korang terlepas, confirm akan menyesal sangat-sangat. Kenapa? Sebab korang boleh enjoy shopping pelbagai produk gaya hidup pada harga serendah 11 sen je dan pelbagai tawaran hebat lain sempena Shopee 11.11 Jualan Hebat.

Korang boleh cek senarai produk-produk di https://shopee.com.my/m/superlifestyledeals-1111, add to cart siap-siap dan check out pada pukul 8 malam 11 November nanti.

Offer ni Shopee bagi sekali je dalam setahun tau! Pelbagai jenama kegemaran korang ada seperti Adidas, Puma, TTRacing, Karyaseni dan banyak lagi. Jangan ketinggalan.

Tawaran produk fesyen & kecantikan hanya RM11

shopee 11.11

Kalau tengah nak mencari produk-produk kecantikan dan fesyen terkini, tawaran ini paling sesuai untuk korang semua.

Apa tidaknya, korang boleh beli produk fesyen dan kecantikan daripada pelbagai jenama seperti Xixili, Masdora, 3ce dan banyak lagi pada harga RM11 dan RM111.

Tawaran ini bermula pada 10 November (8 malam) dan 11 November (12 tengah malam, 12 tengah hari dan 8 malam).

Dah la harga cukup rendah, korang yang beli dalam tempoh tawaran ini juga akan menikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum.

Untuk tawaran ini, korang boleh ikut disini https://shopee.com.my/m/fashion-beauty.

Tak perlu pening-pening cari produk yang mana satu dapat tawaran ini, just cari je guna hashtag #ShopeeHaul. Mudah je kan.

Itu je ke tawaran yang ada?

Tak, sebenarnya ada banyak lagi tawaran-tawaran tak masuk akal yang ada sepanjang Shopee 11.11 Jualan Hebat.

Selain baucar, ada Shopee Coins, wang tunai dan pelbagai tawaran eksklusif lain akan diberikan sepanjang hari tersebut.

Apa yang korang kena buat cuma pastikan melekat dengan app Shopee sepanjang hari dan terus beli mana-mana produk yang berkenaan di hati nanti, okay.

Jadi, simpan duit siap-siap dan sila berbelanja sakan di Jualan Hebat 11.11 Shopee nanti.

Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman web dan Facebook Shopee.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.