Siakap Keli
pameran citra malaysia

Pameran Citra Malaysia Dalam Seni Miniatur Muzium Adat

Pameran Citra Malaysia Dalam Seni Miniatur Muzium Adat

Jelebu, 7 November 2024 – Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menerusi Muzium  Adat dengan kerjasama WCO Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan  Pameran Citra Malaysia dalam Seni Miniatur yang secara rasmi dibuka kepada  orang ramai bermula pada 7 November sehingga 31 Disember 2024 bertempat  di Ruang Seminar, Aras 4, Muzium Adat. Majlis perasmian pameran ini telah  dirasmikan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, EXCO Pelancongan, Kesenian  dan Kebudayaan Negeri Sembilan. 

Pameran ini mempamerkan 218 koleksi miniatur terdiri dari 61 set figura etnik  berbusana tradisional, 140 koleksi makanan warisan dan 16 koleksi diorama  cara hidup dan sambutan perayaan pelbagai etnik di Malaysia. 

pameran citra malaysia

Pameran Citra Malaysia dalam Seni Miniatur ini bertujuan untuk memberi pengalaman baharu kepada pengunjung memahami dan mengenali kepelbagaian dalam perpaduan menerusi seni miniatur. Hal ini bertepatan dengan dasar  Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Program Ini Warisan Kita yang  bertujuan melestarikan perpaduan menerusi kepelbagaian dalam perpaduan,  meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai  kaum tentang khazanah warisan negara ini. 

pameran citra malaysia

Turut hadir ialah YB Dato’ Ir. Haji Bakri bin Sawir, ADUN Klawang dan Encik  Foo Loke Kee, Pengasas WCO Holding Sdn. Bhd. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.