Siakap Keli
pameran pesona telepuk

Pameran Pesona Telepuk: Seni Perada Emas Mengangkat Khazanah Warisan Negara

Pameran Pesona Telepuk: Seni Perada Emas Mengangkat Khazanah Warisan Negara

KUALA LUMPUR, 7 November 2024 – Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menerusi Muzium Tekstil Negara (MTN) dengan kerjasama Yayasan Hasanah  telah menganjurkan Pameran Pesona Telepuk: Seni Perada EmasKebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah  Terengganu telah berkenan berangkat mencemar duli bagi merasmikan pameran ini. 

Pameran eksklusif ini telah dibuka secara rasmi kepada orang awam bermula  pada 28 Oktober sehingga 31 Disember 2024 di Galeri Saindera, Muzium  Tekstil Negara, Kuala Lumpur. Pameran ini memperagakan sebanyak 49 koleksi tekstil telepuk, 130 koleksi sarang atau cap telepuk dan empat (4) penerbitan berupa manuskrip dan buku milik Jabatan Muzium Malaysia, Pergerakan Langkasuka, muzium-muzium negeri, agensi dan orang  perseorangan. Menariknya pemeran ini turut mempersembahkan koleksi koleksi telepuk masterpiece milik kerabat diraja untuk tontonan umum seperti  koleksi baju sikap, kain setangan dan kain sarung. 

pameran pesona telepuk

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dalam sembah ucapannya berkata, “pameran ini diadakan bertujuan untuk mengangkat dan  mengetengahkan seni telepuk, iaitu salah satu khazanah warisan negara  yang mencerminkan citra budaya Malaysia’’.

Hal ini bertepatan dengan  dasar Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Program Ini Warisan Kita  yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan  penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang khazanah warisan  negara ini. 

Tambah beliau lagi, memelihara tradisi dan budaya yang diwarisi daripada  generasi terdahulu agar tidak ditelan zaman, bukan sesuatu yang mudah pada  era serba moden ini namun usaha ini tidak mustahil dapat direalisasikan secara  kolektif seperti pameran seumpama ini. Beliau juga berkata memelihara tradisi  dan budaya yang diwarisi daripada generasi terdahulu agar tidak ditelan zaman, bukan sesuatu yang mudah pada era serba moden ini. Namun usaha  ini tidak mustahil dapat direalisasikan secara kolektif yang melibatkan semua  pihak sama ada daripada golongan pemimpin hingga ke rakyat biasa.  

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan sentiasa mengutamakan  agenda untuk menjadikan muzium sebagai platform integrasi kaum,  sesuai dengan fungsinya sebagai ‘guardian of heritage’

Puan Siti Kamariah Ahmad Subki, Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan  Yayasan Hasanah berkongsi, “Usaha pemeliharaan seni budaya bukan  sahaja terhad kepada mendokumentasi khazanah nenek moyang kita,  tetapi ia perlu dilengkapi dengan keazaman untuk menerapkannya ke  dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia – ‘menghidupkannya’ menjadi  sesuatu yang boleh dilihat, dialami dan dipraktikkan. Di Yayasan Hasanah,  inilah jurang yang ingin dirapatkan di bawah bidang fokus kesenian dan ruang  awam.” 

pameran pesona telepuk

“Kami amat berbesar hati dapat bersama-sama Muzium Tekstil Negara dan  Jabatan Muzium Malaysia untuk menganjurkan Pameran Pesona Telepuk:  Seni Perada Emas agar dapat memelihara dan merancakkan dunia seni  warisan tekstil Malaysia. Tidak lama lagi, saya yakin bahawa seni warisan  Telepuk dapat diiktiraf di peringkat antarabangsa, khususnya di bawah Senarai  Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO untuk Malaysia. Dengan dedikasi  berterusan, Seni Telepuk mempunyai potensi untuk melambangkan keunikan dan kekayaan budaya kita, masyhur di persada dunia,” tambah Siti Kamariah. 

Pameran ini juga disemarakkan lagi dengan penganjuran beberapa program  dan aktiviti kepada para pengunjung. Antaranya ialah program perkongsian  ilmu seperti program bicara@muzium dan webinar yang diadakan secara  hibrid, bengkel dan demonstrasi telepuk; serta program sisipan seperti  pertandingan lukisan seni telepuk, pertandingan produk seni telepuk dan aktiviti mingguan bagi kanak-kanak seperti DIY key-chain telepuk dan mari kenal  telepuk. Aktiviti-aktiviti ini khusus untuk memperkenalkan seni telepuk dan melahirkan artisan baharu yang mampu menghidupkan semula kesenian ini. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.