Jimat Tak Perlu Hantar Kedai, Ini Punca Peti Ais Jadi “Tak Sejuk”
Zaman sekarang ini, hampir semua kerja di rumah menjadi lebih mudah dengan kewujudan pelbagai alatan dan barangan elektrik.
Salah satunya adalah peti ais. Pergi sahaja mana-mana rumah, tentu sahaja kita akan melihat peti ais sebagai satu barangan elektrik ‘wajib’ ada.
Ia sangat bermanfaat dalam menyimpan makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kekal segar.
Walau bagaimanapun, kadangkala pengguna peti ais ini seringkali berdepan dengan masalah kerosakan termasuklah masalah tak sejuk.
Sebagai pemilik, tentunya kita sudah berkira-kira berapa kos yang diperlukan untuk membaiki masalah ini.
Tapi sebelum itu, anda perlu cuba periksa dahulu pada bahagian ini sebelum menghantar ke kedai. Mana tahu, masalah peti ais itu boleh diselesaikan tanpa perlu mengeluarkan modal.
Sehubungan itu, SK akan berkongsikan salah satu tip berguna untuk pengguna peti ais jika barangan elektrik di rumah itu tidak sejuk.
Rupanya Ini Masalah Peti Ais Jadi “Tak Sejuk”
Dalam perkongsian video pengguna TikTok @Hairul Vcool, dia memberitahu mana-mana peti ais yang menggunakan condenser dan mengalami masalah tidak sejuk sebenarnya boleh dibaiki di rumah sahaja.
Punca Peti Ais Kurang Sejuk

Katanya, masalah ini berpunca daripada habuk yang terkumpul pada condenser peti. Ia akan menyebabkan condenser menjadi semakin panas sekaligus merosakkan compressor dan kipas peti ais.
Boleh dibaiki di rumah sahaja

Sebenarnya, pengguna perlu melihat pada bahagian bawah belakang peti ais. Terdapat satu penutup berjaring yang menutupi bahagian dalam komponen peti sejuk.
Buka penutup itu kemudian perhatikan pada condenser yang berada di sebelah kipas.

Dalam klip tersebut, dia menunjukkan terdapat banyak habuk yang melekat pada condenser. Habuk inilah punca peti sejuk gagal menghasilkan suhu yang sejuk.
Jadi, apa yang perlu anda buat hanyalah membersihkan habuk pada condenser menggunakan blower ataupun kain.
Bila selesai mencuci habuk, tutup semula penutup dan siap. Mudah sahaja bukan?
Dengan cara ini, anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk menghantar peti ais ke kedai untuk dibaiki.
Semoga bermanfaat.
@hairulvcool Ni lah punca peti sejuk kurang sejuk! Buat sendiri “ZERO” kos.
Sumber: @Hairul Vcool