Siakap Keli
c4isr

C4ISR Lengkapi Sistem Operasi Maritim Malaysia Menjelang 2025

C4ISR Lengkapi Sistem Operasi Maritim Malaysia Menjelang 2025

PUTRAJAYA, 13 November – Menjelang ulang tahunnya yang kedua dekad pada tahun hadapan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menggunakan sistem Pusat Perintah, Kawalan, Komunikasi, Komputer, Perisikan, Pengawasan dan Peninjauan (C4ISR – Command, Control, Communications, Computers, Intelligence, Surveillance, and Reconnaissance) bagi melengkapi keperluan operasi Agensi ini. 

Ketua Pengarahnya, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, sistem C4ISR penting bagi memastikan Pusat Operasi Maritim (POMAR) dapat berfungsi dengan efektif dan lancar, khususnya dalam menerima serta menganalisis maklumat yang berkaitan dengan ancaman maritim, aktiviti jenayah terutamanya di kawasan hotspot sempadan perairan negara selain mengkoordinasikan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di perairan negara

Jelas beliau, melalui penggunaan C4ISR, Maritim Malaysia dapat menyelaraskan operasi dengan pantas dan tepat, sekaligus membolehkan pegawai dan anggo tayang berada di lapangan bertindak dengan lebih cekap terhadap sebarang situasi. 

c4isr

“C4ISR mempunyai 3 sistem utama iaitu MCGMDA (Malaysia Coast Guard Maritime Domain Awareness), merupakan integrasi Maritim Malaysia bersamaagensi kerajaan lain seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Jabatan laut Malaysia (JLM) dimana pemantauan kapal-kapal yang mempunyai sistem Automatic Identification System (AIS),”

“MCGVTMS (Malaysia Coast Guard Vesel Tracking and Monitoring System) pula merupakan sistem bagi memantau aset-aset Maritim Malaysia dengan menggunakan Secured Automatic Identification System bagi memastikan lokasi aset Maritim Malaysia ini tidak boleh dikesan menggunakan radar. Manakala MCGIIS (Malaysia Coast Guard Intelligence Information System) merupakan sistem bagi menganalisis data dan maklumat berkenaan jenayah rentas sempadan, hotspot dan ancaman maritim,” tambah beliau. 

Datuk Haji Mohd Rosli berkata demikian melalui satu Kenyataan Media rasmi yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia hari ini bagi menyahut kenyataan Menteri DalamNegeri, YB Datuk Seri Saiffudin Nasution Ismail berkaitan penggunaan teknologi dalam meningkatkan kawalan sempadan. 

Dalam hal yang berkaitan, Datuk Haji Mohd Rosli turut memaklumkan, Maritim Malaysia akan membangunkan MCGNet (Malaysia Coast Guard Network) dalam mengukuhkan dan memartabatkan lagi komunikasi antara aset di laut dan udara seperti yang terkandung dalam C4ISR.

c4isr

“Penggunaan C4ISR ini bakal memperkukuh lagi pengawasan di Zon Maritim Malaysia daripada segala ancaman dan jenayah maritim dengan lebih efisien dan efektif,” tambah beliau. 

C4ISR dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya sekitar bulan Februari Tahun2025 dengan melibatkan integrasi sistem milik Maritim Malaysia di Negeri Kedah, Perlis, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan Stesen Udara Maritim Subang, serta agensi keselamatan yang telah menggunakan sistem yang sama seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.