Siakap Keli
fakta old money
Gambar: Lifestyleasia

Ini Fakta Mengenai “Old Money” Yang Ramai Tak Tahu

Ini Fakta Mengenai “Old Money” Yang Ramai Tak Tahu

Buka sahaja mana-mana aplikasi media sosial sekarang ini, gaya ‘old money’ pastinya membanjiri for your page (fyp) anda.

Bahkan ramai di antara masyarakat turut mengikuti perkembangan ini dengan mengenakan pakaian yang ‘lain’ daripada masyarakat biasa.

Tentunya ramai di antara kita yang tertanya-tanya dari mana sebenarnya datang sebenarnya terma old money ini sebenarnya? Adakah ia sekadar cara individu menggayakan busana semata-mata ataupun sebaliknya.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan maksud old money itu di ruangan bawah. Semoga bermanfaat.

Apa itu Old Money?

Gambar: : Ralph Lauren via Facebook

Menurut laporan Tribunnews, terma Old Money itu sendiri membawa maksud kepada keluarga yang mempunyai harta kekayaan, dari generasi-generasi sebelum ini.

Dalam bahasa yang mudah, mereka ini lahir dalam keluarga yang sudah kaya-raya sejak turun-temurun.

Menurut kamus Brittanica, terma Old Money itu merujuk kepada individu yang berasal daripada keluarga yang mempunyai harta kekayaan sejak sekian lama (generasi).

BACA: Bekas Pembantu Jurulatih KL City Sertai Manchester United

Bagaimanapun, pembawaan atau takrifan Old Money ini berbeza contohnya di Amerika dan Inggeris, yang mana terma ini merujuk kepada golongan bangsawan seperti Ratu Elizabeth (Inggeris).

Manakala di Amerika pula merujuk kepada golongan yang mempunyai status sosial yang tinggi atau elit.

Bahkan, terma ini bukan sahaja merujuk kepada latar belakang keluarga (harta) malah ia juga boleh ditakrifkan kepada lokasi atau tempat tinggal individu itu.

Apa beza Old Money dengan New Money?

Gambar: Ralph Lauren

Berbeza dengan terma Old Money, New Money bermaksud seorang yang kaya tetapi bukan hasil kekayaan milik keluarganya.

Ringkasnya, New Money merupakan hasil usaha yang datang dari individu tersebut.

1. Hasil kekayaan 

Individu yang memiliki harta keturunan dipanggil Old Money, manakala individu yang memiliki hasil harta sendiri dipanggil ‘Jutawan’.

2. Perbelanjaan

Biasanya Old Money akan menggunakan harta untuk pelaburan manakala New Money akan membelanjakan untuk keperluan peribadi.

3. Persepsi masyarakat

Golongan Old Money biasanya datang dari keluarga yang elit dan berpendidikan. Sementara itu, New Money pula datang dari keluarga biasa.

4, Gaya hidup

Bagi golongan New Money, mereka lebih gemar mendapatkan perhatian untuk dikenali awam untuk berbanding Old Money yang lebih bersifat melindungi privasinya.

Sumber: Tribunnews.com

BACA: Siapa Ruben Amorim? Kenali Bakal Jurulatih Baharu Man United

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.