Hoobastank Bakal ‘Gegarkan’ Malaysia, Tiket Mula Dijual 18 November Ini
Kumpulan rock terkenal dari Amerika, Hoobastank, mengumumkan bakal menemui peminat di Malaysia pada 10 Februari tahun hadapan di Zepp Kuala Lumpur.
Kehadiran mereka pastinya sangat dinantikan oleh penggemar muzik rock tempatan, terutama bagi mereka yang sudah lama mengikuti perjalanan muzik Hoobastank.
Hoobastank dijangka mempersembahkan lagu-lagu popular mereka seperti “The Reason” dan “Crawling in the Dark” yang pastinya akan membawa semula nostalgia hebat buat peminat.
Tiket untuk konsert ini akan mula dijual pada 18 November dengan harga bermula serendah RM266.
Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan Hoobastank secara langsung, maklumat lanjut boleh didapati di sini.
Hoobastank, yang telah mencipta nama dalam dunia rock sejak lebih dua dekad lalu, dikenali dengan muzik bertenaga dan lirik mendalam yang menyentuh jiwa pendengar.
Dengan album yang pernah mendapat pengiktirafan platinum dan single yang dicalonkan ke Anugerah Grammy, mereka terus memukau peminat dari seluruh dunia bahkan hingga ke hari ini.
Untuk info, Hoobastank juga dijangka membuat persembahan di beberapa lokasi lain seperti Indonesia dan Jepun.
BACA: Hanya Kerana ‘Content’ Di Media Sosial, Perawat Kongsi Mangsa Sihir ‘Tewas’ Meski Hampir Sembuh
BACA: Lelaki Kongsi Pendaki Perlu Segera Beredar Kalau Jumpa ‘Ini’ Dalam Hutan
BACA: Ini Alasan Kelab Bola Sepak Jepun Diminta ‘Berhati-Hati’ Rekrut Pemain Indonesia
Sumber: Eventbee.com