Siakap Keli
Cucur Udang Gebu
Kredit: TikTok @chefameronline

Chef Amer Kongsi Rahsia Cucur Udang Gebu Pikat Selera

Chef Amer Kongsi Rahsia Cucur Udang Gebu, Pasti Pikat Selera

Bila balik kampung, pasti ramai yang teringat cucur dan cekodok hasil air tangan mak untuk sarapan atau minum petang.

Dengan bahan-bahan yang ringkas, cucur yang dibuat mak selalu ada rasa istimewa tersendiri.

Lebih-lebih lagi kalau gebu dan rangup, susah betul nak berhenti makan, sampai tak sedar habis sepinggan.

Kali ini, jom cuba resipi cucur udang gebu yang dikongsikan oleh Chef Amer melalui TikTok @chefameronline.

Memang sesuai sangat untuk mak-mak yang tengah fikir nak buat sarapan apa pagi esok atau hujung minggu ni, bila semua keluarga tengah berkumpul.

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 5 gram yis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secubit
  • Sedikit baking powder
  • Serbuk kunyit (untuk warna)
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • Udang kering
  • Bawang Holland (dipotong dadu)
  • Cili merah (dicincang)
  • Kentang (disagat)
  • Lobak merah (disagat)
  • Kucai (dipotong 1 inci)
  • 1/2 kilo udang (bersih, kepala dibuang)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Sediakan adunan tepung – Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, yis, garam, gula, baking powder, serbuk kunyit, telur dan air. Gaul hingga adunan sebati dan tiada ketulan. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.

2. Tambahkan sayuran dan udang kering – Masukkan udang kering, bawang holland, cili merah, kentang, lobak merah dan kucai ke dalam adunan. Gaul hingga bahan-bahan bercampur sebati. Kentang yang disagat adalah rahsia untuk cucur udang yang rangup.

3. Masukkan udang segar – Masukkan udang segar yang telah dibersihkan (jika saiz kecil, tak perlu buang kulit), dan gaul lagi sehingga udang sekata dalam adunan.

4. Perap adunan – Biarkan adunan selama 45 minit supaya yis dapat menyembang dan cucur menjadi lebih gebu.

5. Goreng hingga rangup – Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cucur hingga keemasan. Angkat dan toskan.

@chefameronline

Rahsia bancuhan cucur udang gebu padu #chef #learnontiktok #masak #cooking #foodie #cucurudang

♬ original sound – Chef Amer Online – Chef Amer Online

Cucur udang gebu ala Chef Amer anda kini sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

BACA: 3 Aneka Minum Petang Mudah & Lazat, Hanya Guna Pisang

BACA: Wanita Kongsi Cara Buat Nasi Lemak Turun-Temurun Keluarga

BACA: Chef Sabri Kongsi Rahsia Sos Lada Hitam Pekat Tanpa Guna “Cream”

Sumber: Chef Amer Online via TikTok

Siti Nur Ain Natasya