Sistem Tempat Letak Kereta Automatik Canggih Bakal Disediakan Di Milla Residence
Kuala Lumpur, 14 November 2024 – Beverly Group secara rasminya bekerjasama dengan Parktech Solutions untuk memperkenalkan Sistem Tempat Letak Kereta Automatik (ACPS) tercanggih yang dibangunkan Samjung Tech dari Korea Selatan di Milla Residence, Quartz Wangsa Maju.
Bakal menjadi salah satu pemasangan ACPS terbesar di ASEAN, sistem ini akan memiliki 2,358 ruang letak kereta dan 21 lif kereta, sekali gus meningkatkan kemudahan dan kemampanan untuk penduduk Milla Residence.
Perkongsian strategik ini dirasmikan pada majlis menandatangani di Galeri Jualan Milla Residence oleh Ketua Pegawai Eksekutif Beverly Group, Derick Lim; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samjung Tech Co Ltd, Choi Jong Wan dan Pengarah Urusan Parktech Solutions Sdn Bhd, Yow Kai Yong diiringi oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad dan Pengarah Urusan Perbankan Komersial Maybank, Jason Wong sebagai saksi.
Milla Residence adalah pangsapuri dengan perkhidmatan moden dan berteknologi tinggi di kawasan seluas 16.5 ekar di Quartz Wangsa Maju yang berdekatan dengan stesen LRT Sri Rampai dan stesen MRT Rejang yang bakal dibangunkan.
Dengan pelbagai pilihan susun atur antara 657 kaki persegi hingga 1,249 kaki persegi, Milla Residence memenuhi demografi yang luas, menempatkan pelbagai golongan penduduk merangkumi kumpulan muda profesional hingga keluarga berbilang generasi dengan pilihan fleksibel yang merangkumi dua hingga lima bilik tidur.
Milla Residence menampilkan reka bentuk dupleks dengan siling ‘double-volume’. Ia bukan saja meningkatkan daya tarikan estetik, tetapi menjadi penanda aras baharu untuk kehidupan bandar yang mampan. Selain itu, Milla Residence dilengkapi dengan ciri keselamatan yang canggih seperti sistem pengecaman nombor plat automatik dan robot pembersihan yang inovatif, memastikan persekitaran yang selamat dan bersih untuk semua penduduk.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad berkata, kerjasama di antara Beverly Group dan Samjung Tech dalam membangunkan ACPS di Milla Residence adalah satu langkah bermakna ke arah matlamat kelestarian Malaysia.
“Dalam kami memajukan pengurangan karbon dan pembangunan bandar mesra alam, inisiatif seperti ini menetapkan contoh inspirasi bagaimana teknologi boleh menyumbang kepada persekitaran hidup yang lebih hijau dan sihat.
“Saya memuji Beverly Group atas dedikasi mereka untuk mewujudkan ruang bandar mampan yang menyokong komitmen negara kita untuk masa depan yang lebih bersih dan bertanggungjawab,” katanya yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa.
Sebagai sistem pertama seumpamanya di rantau ini, ACPS direka untuk merevolusikan pengalaman tempat letak kereta ‘urban’ dengan memperkemas operasi tempat letak kereta dan mengurangkan pelepasan karbon, sejajar dengan matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan Indeks Bangunan Hijau (GBI) Malaysia.
Dengan mengurangkan masa dan perbelanjaan bahan api untuk pencarian tempat letak kereta tradisional, sistem ini menawarkan penyelesaian mesra alam, meminimumkan pelepasan terbiar sehingga 30 peratus dan mengurangkan penggunaan tanah melalui reka bentuk vertikal.
Ketua Pegawai Eksekutif Beverly Group, Derick Lim berkata, mereka bukan sekadar menambah nilai, tetapi mahu mentakrifkan semula apa yang boleh menjadi kehidupan lestari.
“Kerjasama kami dengan Samjung Tech menunjukkan bagaimana teknologi canggih boleh menyokong kehidupan yang lebih hijau, meningkatkan kemudahan sambil menyumbang secara aktif kepada matlamat alam sekitar kami.
“Milla Residence menyokong inisiatif EkoSetiawangsa oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang bertujuan untuk mengubah Setiawangsa menjadi ‘urban eco-district’ yang memupuk gaya hidup mampan. Menerusi ACPS dan ciri mampan lain, Beverly Group komited terhadap pembangunan bandar mesra alam dengan mengurangkan karbon dengan penyelesaian tempat letak kereta tradisional yang bermula dengan Milla Residence,” katanya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samjung Tech Co Ltd, Choi Jong Wan berkata, peranan mereka di syarikat ini bukan saja menyediakan teknologi canggih, tetapi memastikan kejayaannya dari hari pertama hingga ke masa depan.
“Sistem kami untuk Milla Residence disesuaikan untuk mengimbangi kemodenan dengan kebolehpercayaan, dan kami berdedikasi untuk setiap langkah proses. Kami menggandakan ujian untuk memastikan operasi awal yang sempurna bersama jurutera untuk memperhalusi prestasi. Pasukan Kepuasan Pelanggan kami yang berdedikasi di Malaysia akan berada di sana setiap bulan untuk menjalankan pemeriksaan proaktif dan memastikan segala-galanya berjalan lancar, memberikan penduduk ketenangan fikiran sepenuhnya,” katanya.
Direka untuk keselesaan pengguna, teknologi ACPS membolehkan penduduk dan pelawat hanya meletak kenderaan di pintu masuk yang ditetapkan di aras tanah, mematikan enjin dan berjalan meninggalkan sistem automatik untuk mengendalikan penyimpanan dan pengambilan kenderaan.
Sehubungan itu, penduduk tidak perlu lagi untuk bersusah-payah mencari petak meletak kenderaan. Ia juga mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dengan meminimumkan interaksi manusia dalam kawasan tempat letak kereta.
Untuk menggalakkan kehidupan mesra alam, Beverly Group akan bekerjasama dengan Maybank dalam Pembiayaan Rumah Hijau untuk Milla Residence.
Pilihan pembiayaan ini meliputi sehingga 95 peratus dari harga pembelian rumah, dengan tambahan 5 peratus yang diperuntukkan untuk kos seperti insurans kredit, takaful, yuran guaman, penilaian dan duti setem.
Ia direka khusus untuk pembangunan rumah hijau yang diperakui, Pembiayaan Rumah Hijau Maybank bertujuan untuk menyokong rakyat Malaysia yang ke arah kehidupan mampan dan memberi insentif kepada pelaburan dalam perumahan yang mementingkan eko.
Untuk maklumat lanjut mengenai Milla Residence, sila layari https://milla.com.my .