Rangkaian piza terkenal di Korea Selatan, Eat Pizza secara rasminya bertapak di Malaysia dengan membuka cawangan pertamanya di Malaysia bertempat di AEON Tebrau, Johor Bahru. Cukup dikenali dengan piza bersaiz 25cm segi empat tepat dan dibuat segar mengikut pesanan dalam masa lima minit sahaja, Eat Pizza membawakan pengalaman pertama menikmati piza istimewa dengan satu tangan kepada penggemarnya.
Dengan kedai pertamanya yang dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 2021, Eat Pizza telah bertumbuh pesat dan berkembang kepada lebih 120 cawangan di negara tersebut dan pantas menakluk industri piza di seluruh Asia Tenggara, termasuk di Thailand, Singapura dan Filipina. Kini, dengan pelancarannya di Malaysia, Eat Pizza membawakan perisa gabungannya yang terkenal dan proses membuat piza yang cepat serta mudah kepada penggemar makanan tempatan.
Sempurna untuk individu dan kumpulan yang sibuk, setiap piza dibuat dengan teliti menggunakan doh berprotein tinggi, keju asli dan bahan-bahan yang paling segar. Bentuknya yang panjang dan segi empat tepat menjadikannya mudah di makan dengan sebelah tangan dan sesuai untuk dikongsi, menambahkan lagi pengalaman menikmati perisa yang sangat unik bersama rakan-rakan.
Eat Pizza Malaysia menawarkan lapan perisa menarik, termasuklah Pizza Bulgogi Manis dan Pizza Hawaiian edisi Korea. Selain itu, menunya juga menampilkan perisa yang paling mendapat sambutan iaitu Piza Ayam Pedas dan Piza Bulgogi Manis yang kedua-duanya adalah yang paling laris jualannya di Singapura. Piza Kimchi Bulgogi juga berperisa unik, eksklusif untuk pembukaan pertamanya di
Malaysia dan pastinya ia menawarkan pengalaman hidangan istimewa untuk penggemar makanan tempatan.
“Kami teruja dapat membawa pengalaman piza yang unik dari Eat Pizza ke Malaysia dan ia bermula di Johor Bahru,” kata Esmond Han, Ketua Pegawai Operasi, Eat Pizza Malaysia.
“Kami percaya bahawa perisa gabungan kami yang dibuat segar mengikut pesanan, dan komitmen kami terhadap bahan-bahan berkualiti tinggi akan menjadikan kami pilihan utama untuk penggemar piza di seluruh negara.”
Eat Pizza telah memilih Johor Bahru sebagai cawangan pertama pembukaannya di Malaysia adalah kerana lokasinya yang strategik dan komuniti kaki makannya yang meluas dan berani mencuba pelbagai perisa. Pelancaran ini mencerminkan komitmen Eat Pizza untuk membina jenama yang lebih kukuh serta mencapai khalayak sasaran yang lebih meluas. Selepas Johor Bahru, Eat Pizza bercadang untuk membuka cawangannya di Kuala Lumpur, membawakan keunikan perisanya dan pengalaman menikmati piza dengan sebelah tangan ke lebih banyak bandar besar di seluruh negara.
Untuk meraikan pembukaannya besar-besaran ini, Eat Pizza menganjurkan majlis perasmian dengan kehadiran tetamu terhormat, diikuti dengan aktiviti menarik dan hadiah yang mengujakan untuk semua yang hadir. Sebagai hidangan istimewa, 100 piza pertama boleh didapati dengan harga serendah RM1.99, termasuklah Ham Kentang Rangup dan variasi Keju Sebenar 100%. Promosi eksklusif ini bermula pada jam 12 tengah hari dan terhad kepada dua piza untuk setiap pelanggan. Ramai pelanggan cukup teruja dan tiba awal untuk meraikan acara dan merebut peluang tawaran pelancaran, dengan setiap risalah diedarkan disertakan dengan empat baucar khas untuk pembukaan besar-besaran ini.
Kami menjemput semua orang untuk datang dan merasai keseronokan Eat Pizza! Tidak kira jika anda mahukan hidangan yang pantas atau berkongsi dengan rakan-rakan, kami tidak sabar mengalu-alukan kehadiran anda dan menjadi sebahagian daripada pengembaraan piza kami! Mari kita mulakan perjalanan yang lazat ini bersama-sama!
Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook, Instagram, dan Tiktok.