Siakap Keli

Ini Cara Dengar “Voice Note” Tanpa Perlu “Unlock” Telefon

Ini Cara Dengar “Voice Note” Tanpa Perlu “Unlock” Telefon

Tak dapat dinafikan, telefon bimbit dah jadi satu keperluan yang wajib ada bagi orang dewasa untuk memudahkan komunikasi. Selain buat panggilan, hantar mesej dan gambar, telefon juga dilengkapi pelbagai aplikasi yang tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Ia sememangnya sangat penting pada ketika ini kerana jadi medium untuk kita berhubung dengan rakan dan keluarga.

Sama juga dengan aplikasi yang menawarkan fungsi pemesejan, ia sangat diperlukan dalam kehidupan seharian sama ada untuk tujuan santai atau kerja. Medium untuk berbual, hantar gambar, panggilan video dan nota suara antara ciri yang wajib ada pada sesebuah aplikasi pemesejan.

Nota suara khasnya, ramai yang tak mahu menaip dan membuat panggilan dalam tempoh yang lama. Justeru nota suara menjadi salah satu fungsi yang berguna untuk kita.

Pun begitu, kesibukan kerja atau urusan seharian sama ada di luar atau di rumah membuatkan kita kadang kala tak sempat untuk buka aplikasi tersebut. Bahkan, ada mesej penting tak dilihat kerana terlalu fokus dengan kerja.

Tapi jangan bimbang, sebenarnya ada cara untuk kekal berkomunikasi khususnya melalui nota suara walaupun telefon tidak dibuka.

Caranya adalah dengan memuat turun aplikasi buz.

Bagi yang belum tahu, aplikasi buz yang dibangunkan oleh Vocalbeats ni memang pentingkan komunikasi melalui audio dengan penghantaran suara yang selamat. Selain itu, aplikasi ni bertujuan untuk mudahkan korang multitask. Jadi memang sesuai la untuk korang yang malas nak buka telefon masa buat kerja.

Macam mana aplikasi ni boleh buatkan kita dengar nota suara tanpa perlu buka telefon?

Menariknya, buz ada ciri pemesejan skrin kunci yang bolehkan korang untuk aktifkan overlay mode. Maknanya korang boleh pindahkan butang nota suara ke skrin telefon dan lepas tu boleh hantar mesej suara tanpa perlu buka aplikasi tu. Lagi menarik, korang juga boleh dengar mesej suara yang orang lain hantar walaupun telefon tak dibuka.

Contohnya bila tengah masak-masak, korang boleh dengar nota suara tanpa perlu susah-susah sentuh dan kotorkan skrin telefon sebab suara tu dimainkan secara automatik.

Fungsi ni juga sebenarnya boleh mudahkan pengguna yang berusia seperti mak ayah kita sebab ada sesetengah dari mereka yang mungkin tidak ‘celik teknologi’. Jadi aplikasi ni mudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan kita.

ASR

Tambahan lagi, buz juga dimantapkan dengan teknologi Automatic Speech Recognition (ASR) yang boleh tukarkan suara kepada teks. Menariknya, mesej suara yang dibuat dalam aplikasi ni ditukar automatik kepada teks dengan bantuan AI hasil kerjasama dengan OpenAI.

Ia juga boleh terjemah mesej suara dalam 27 bahasa dengan tepat dan cepat.

Push-to-talk

Seperti yang korang sedia maklum, buz adalah aplikasi berorientasikan mesej suara. Jadi rekaan butang tekan untuk bercakap direka dengan menonjol. Butang besar berwarna hijau tu memang direka untuk utamakan interaksi tulen antara pengguna, selain melambangkan suara sebagai mod komunikasi utama.

Butang push-to-talk ni bebas daripada ruang teks dan menu yang rumit, bolehkan korang untuk berhubung tanpa perlu terganggu dengan benda lain di skrin telefon. Tekan butang hijau, cakap dan hantar. Tak perlu lagi berbasa-basi dengan tulis teks yang panjang.

Voicemoji

Satu lagi fungsi yang menarik perhatian min ialah Voicemoji yang bolehkan pengguna untuk hantar emoji dengan suara.

Bila ada suara ni, emoji tu nampak lagi real dan boleh bagi maksud sebenar yang korang nak sampaikan. Korang boleh tukarkan suara melalui Voice Filters yang disediakan dalam buz ni, jadi suara tu akan berubah mengikut emoji yang korang hantar. Kalau hantar emoji marah, suara tu mungkin bertukar lebih garang.

cara dengar voice note

Dalam pada tu, aplikasi buz ni dah dapat pengiktirafan inovasi digital Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang berprestij. Ini mengesahkan buz sebagai perintis dalam inovasi digital di negara ni.

Buz turut secara konsisten kuasai pasaran aplikasi sosial dengan menduduki tempat pertama teratas di App Store iOS Malaysia. Jadi aplikasi ni bukan calang-calang dan korang tak perlu ragu untuk gunakannya.

Buz juga baru-baru ni telah perkenalkan duta mereka iaitu pengacara dan pelakon popular, Ain Edruce bersama suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa. Menurut buz, pemilihan Ain Edruce sebagai duta senada dengan visinya untuk memupuk komunikasi yang bermakna dengan pelbagai lapisan usia.

Setiap teknologi mempunyai pelbagai kebaikan untuk mempermudahkan komunikasi, jika ia digunakan dengan betul.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web, Instagram dan Facebook buz. Korang juga boleh muat turun aplikasi ni di App Store dan Google Play Store.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.