Siakap Keli
mr d.i.y. plus

MR D.I.Y. PLUS Buka Kedai Konsep ‘Permata’ Yang Pertama Di JB

MR D.I.Y. PLUS Buka Kedai Konsep ‘Permata’ Yang Pertama Di JB

JOHOR BAHRU, 18 November 2024 – Berita baik untuk warga Johor: Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, hari ini melancarkan kedai utama MR D.I.Y. PLUS terbaharunya di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

Dengan inspirasi semangat positif rakyat Johor, kedai ini mencerminkan ciri-ciri kepelbagaian negeri selatan ini — sejarahnya yang panjang, budaya yang meriah, pandangan yang moden, kedudukannya yang strategik sebagai pintu gerbang ke negeri-negeri selatan, serta ekonominya yang pesat, menjadikan Johor sebuah permata yang sebenar.

Mengembangkan tema ‘permata’, kedai ini menampilkan pintu masuk megah berinspirasikan batu permata, dengan reka bentuk cermin, karya seni berlian merah delima dan corak geometri. Setiap sudut di kedai utama MR D.I.Y. PLUS ini mencipta pengalaman yang benar-benar bermakna untuk setiap pengunjung.

Karya Seni Permata di tengah-tengah kedai merupakan penambahan yang memukau, menggambarkan keindahan dan warisan Johor dengan reka bentuk berinspirasikan batu permata yang amat berseni – satu karya yang wajib dilihat dan sesuai untuk bergambar.

mr d.i.y. plus

Mengulas mengenai pembukaan kedai utama baharu ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Sebagai peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia dan jenama tempatan, kami komited untuk membawa konsep segar yang menarik perhatian pelanggan kami. Tema ‘Permata’ untuk kedai ini adalah penghormatan kepada Johor, sebuah negeri progresif dan dinamik yang dikagumi rakyat Malaysia – satu permata yang sebenar. Dengan inspirasi ini, kami mencipta perjalanan peruncitan istimewa yang merangsang pancaindera dan meraikan semangat Johor.”

“Komuniti dan perkembangan Johor Bahru yang pesat menjadikan ia lokasi ideal untuk kedai utama ini. Kami berhasrat untuk menjadi lebih daripada sekadar peruncit; kami ingin menjadi sebahagian daripada komuniti ini, mencipta ruang yang mesra untuk warga Johor. MR D.I.Y PLUS di The Mall Mid Valley Southkey menyediakan pengalaman membeli-belah yang menarik, memenuhi keperluan harian, meraikan semangat Johor, dan sudah pastinya menawarkan ‘Always Low Prices’,” kata Goh.

Kedai utama MR D.I.Y PLUS ini adalah kedai ke-1,300 bagi Kumpulan ini, merangkumi lebih daripada 33,000 kaki persegi dan menawarkan lebih daripada 17,000 produk daripada jenama-jenama Kumpulan MR D.I.Y. — MR D.I.Y., MR. DOLLAR, MR. TOY dan EMTOP — memastikan ada sesuatu untuk orang ramai.

mr d.i.y. plus

Kedai ini turut menampilkan tarikan pengalaman interaktif yang menarik, skrin LED interaktif dengan sensor pergerakan, ruang promosi khusus, ruang bengkel dan acara, zon ‘retailtainment’, taman permainan kekal, serta bilik seni infiniti.

Sebagai sebahagian daripada sambutan pembukaan besar-besaran bagi kedai baharu ini, Kumpulan MR D.I.Y. telah menyediakan pelbagai aktiviti dan promosi menarik dari 18 hingga 24 November 2024.

mr d.i.y. plus

MR D.I.Y. PLUS di The Mall, Mid Valley Southkey adalah kedai MR D.I.Y. PLUS terbaharu di negara ini. Kumpulan ini melancarkan kedai MR D.I.Y. PLUS yang pertama di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada tahun 2022.

Jenama MR D.I.Y. dilancarkan pada 2005, diikuti MR TOY pada 2019, MR DOLLAR pada 2020, MR D.I.Y Express pada 2021 dan MR D.I.Y. PLUS pada 2022. Kumpulan ini juga merupakan pemegang francais induk jenama EMTOP di Malaysia, dan membuka kedai EMTOP pertama pada tahun 2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y. PLUS, layari laman web MR D.I.Y. di www.mrdiy.com, platform e-dagang di www.mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya di Facebook,  Instagram, dan TikTok.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.