Siakap Keli
'Kecewa' jejak Muzium Kesenian Islam
Kredit: TikTok @blondethinks

Pernah Tular Puji Rakyat Malaysia Sentiasa Gembira, Kini Minah Saleh Luah Rasa Terkilan Pula Bila Jejak Muzium Kesenian Islam

Pernah Tular Puji Rakyat Malaysia Sentiasa Gembira, Kini Minah Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’ Pula Bila Jejak Muzium Kesenian Islam

Dulu, pelancong wanita ni pernah viral kerana kagum dengan masyarakat Malaysia yang katanya ‘sentiasa gembira’. 

Kini, dia kembali menarik perhatian apabila meluahkan rasa ‘kecewa’ selepas jejak Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur (KL). 

“Sebagai pelajar dalam bidang seni, saya berharap dapat mengenali dan mempelajarinya lebih awal,” tulisnya.

Rupa-rupanya, wanita itu merasa ‘rugi’ kerana tidak menyedari keindahan seni Islam ni lebih awal lagi. 

Dalam perkongsian itu, dia memuji keindahan seni yang dipamerkan di muzium tersebut dan menganggap ia adalah satu bentuk seni yang sangat mempesonakan.

Kredit: TikTok @blondethinks

Sebagai rakyat Malaysia, kita tentu bangga apabila pelancong luar menghargai warisan seni yang melambangkan sejarah negara kita. 

Namun, sedar atau tidak, pujian sebegini sebenarnya mengingatkan kita bahawa masih banyak tempat menarik di tanah air yang mungkin belum kita jelajahi.

Bukankah ada banyak destinasi pelancongan yang kita sendiri belum sampai? 

Korang nak tahu tak cara yang lebih jimat untuk ‘jalan-jalan’ di sekitar Lembah Klang tanpa perlu risau tentang bajet? 

Jawapannya hanyalah dengan menggunakan Pas MyTourist oleh Rapid KL.

Dengan pas ni, sama ada korang warga tempatan atau pelancong asing, korang boleh jimat banyak dengan diskaun dan pelbagai faedah menarik yang ditawarkan. 

Apa itu Pas MyTourist?

Pas MyTourist ni adalah pas perjalanan tanpa had untuk semua perkhidmatan rel dan bas kendalian Rapid KL. 

Dengan pas ni, korang boleh guna LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan bas pengantara MRT di Lembah Klang sepuasnya.

Pelbagai lokasi pelancongan boleh diakses menggunakan pengangkutan awam Rapid KL seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi.

Tidak hanya itu, apa yang membuatkan Pas MyTourist ni berbeza daripada pas lain adalah pelbagai manfaat tambahan yang ditawarkan. 

Selain kemudahan perjalanan, korang juga boleh nikmati diskaun dan faedah di premis terpilih selama tujuh (7) hari dari hari pertama penggunaan Pas MyTourist.

Contohnya, diskaun tiket masuk ke Petrosains dan Wetland Studios Putrajaya, serta penjimatan di rangkaian makanan dan minuman (F&B) terpilih. 

Untuk nikmati semua diskaun dan faedah ni, korang cuma perlu tunjuk Kad Kesahan (Validity Card) bersama resit pembelian Pas MyTourist di premis mereka.

Menarik, kan?

Macam mana nak dapatkan Pas MyTourist?

Untuk pengetahuan, korang sebenarnya boleh beli Pas MyTourist ni bermula 25 Oktober 2024.

Bagi mendapatkannya, korang boleh pergi ke mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan yang terdapat di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT.

Kaunter-kaunter ini mudah diakses dan terdapat di hampir setiap sudut bandar, jadi korang tak perlu risau untuk mencarinya.

Selain itu, korang juga boleh pergi ke mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan di hab bas terpilih, iaitu di Chow Kit, Pasar Seni, Section 2 Shah Alam, Greenwood, Sri Nilam, Pearl Point and Puchong Utama. 

Bagi yang lebih suka urusan dalam talian pula, korang boleh dapatkan pas ni melalui aplikasi MyRapid PULSE atau MyRapid Shop.

Bagaimanapun, pengaktifan Pas MyTourist hanya boleh dibuat di Kaunter Khidmat Pelanggan (hanya LRT, MRT atau Monorel) selepas pembelian dibuat secara dalam talian.

Warganegara Malaysia

  • Bawa MyKad/MyTentera ke Kaunter Khidmat Pelanggan terpilih.
  • Tunjukkan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan bertugas untuk pengesahan.
  • Setelah disahkan, lampirkan kad Touch ‘n Go atau MyKad untuk pengaktifan Pas MyTourist.
  • Pilih tarikh untuk mengaktifkan pas. Korang boleh pilih sama ada nak aktifkan terus pada hari pembelian atau dalam masa 7 hari selepas beli. 
  • Pastikan baki minimum RM5.00 dalam kad Touch ‘n Go atau MyKad. 

Bukan Warganegara Malaysia

  • Bawa kad Touch ‘n Go sedia ada atau beli kad Touch ‘n Go di Kaunter Khidmat Pelanggan terpilih untuk pengaktifan Pas MyTourist.
  • Pilih tarikh untuk mengaktifkan pas. Korang boleh pilih sama ada nak aktifkan terus pada hari pembelian atau dalam masa 7 hari selepas beli. 
  • Pastikan baki minimum RM5.00 dalam kad Touch ‘n Go.

Kategori Pas

Korang boleh pilih nak guna pas ni selama satu (1), dua (2) atau tiga (3) hari.

Menariknya, sampai 9 Disember ni je, korang boleh dapat “extra savings” kalau beli Pas MyTourist dengan harga offer yang lagi jimat

Bayangkan, dalam tempoh tu, korang boleh jelajah banyak lokasi menarik tanpa terlalu risau pasal tambang. Lagi banyak tempat korang pergi, lagi berbaloi.

Warganegara Malaysia

1-Hari Pas MyTourist 

  • Harga: RM15
  • Tempoh Sah: 1 Hari
  • Minimum baki nilai dompet: RM5
  • Pembelian kali pertama: RM30 termasuk termasuk RM10.00 untuk kad Touch ‘n Go dan nilai dompet sebanyak RM5.00

2-Hari Pas MyTourist 

  • Harga: RM25
  • Tempoh Sah: 2 Hari
  • Minimum baki nilai dompet: RM5
  • Pembelian kali pertama: RM40 termasuk termasuk RM10.00 untuk kad Touch ‘n Go dan nilai dompet sebanyak RM5.00

3-Hari Pas MyTourist 

  • Harga: RM35
  • Tempoh Sah: 3 Hari
  • Minimum baki nilai dompet: RM5
  • Pembelian kali pertama: RM50 termasuk termasuk RM10.00 untuk kad Touch ‘n Go dan nilai dompet sebanyak RM5.00

Bukan Warganegara Malaysia

1-Hari Pas MyTourist 

  • Harga: RM35
  • Tempoh Sah: 1 Hari
  • Minimum baki nilai dompet: RM5
  • Pembelian kali pertama: RM50 termasuk termasuk RM10.00 untuk kad Touch ‘n Go dan nilai dompet sebanyak RM5.00

2-Hari Pas MyTourist 

  • Harga: RM50
  • Tempoh Sah: 2 Hari
  • Minimum baki nilai dompet: RM5
  • Pembelian kali pertama: RM65 termasuk termasuk RM10.00 untuk kad Touch ‘n Go dan nilai dompet sebanyak RM5.00

3-Hari Pas MyTourist 

  • Harga: RM65
  • Tempoh Sah: 3 Hari
  • Minimum baki nilai dompet: RM5
  • Pembelian kali pertama: RM80 termasuk termasuk RM10.00 untuk kad Touch ‘n Go dan nilai dompet sebanyak RM5.00.

Tapi, perlu diingat bahawa:

  • Pas MyTourist tidak boleh diaktifkan pada MyRapid Concession Card atau MyKad/MyTentera tanpa cip Touch ‘n Go terbina.
  • Pas MyTourist hanya boleh diaktifkan pada kad Touch ‘n Go yang sama selepas produk sedia ada (seperti My50/Pas MyCity/Smart 7/Smart 30 dan lain-lain) telah tamat tempoh.
  • Pas MyTourist sah dalam kitaran kiraan hari iaitu ia akan tamat pada pukul 11.59 malam.

Jadi, apa tunggu lagi? Hujung minggu ni, korang jangan lepaskan peluang untuk ronda satu KL dengan Pas MyTourist. 

Bagi yang mungkin tak pernah cuba, inilah masa yang sesuai untuk merasai sendiri pengalaman jelajah ibu kota naik Rapid KL. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Rapid KL atau media sosial mereka, atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Rapid KL di 03-7885 2585.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.