Siakap Keli
acara off-road perdana

Acara Off-Road Perdana Malaysia, Ford Raptor Rev, Bakal Berlangsung Pada Suku Pertama 2025

Acara Off-Road Perdana Malaysia, Ford Raptor Rev, Bakal Berlangsung Pada Suku Pertama 2025

Kuala Lumpur, Malaysia, 20 November 2024 — Pemilik Ford Ranger Raptor generasi baharu di Malaysia akan berpeluang menimba pengalaman unik dan menarik melalui Ford Raptor Rev, yang merupakan sebuah acara off-road perdana, yang dijadualkan berlangsung pada suku pertama 2025.

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan yang acara off-road sehari itu akan memberi peluang kepada pemilik dan peminat Raptor sebuah pengalaman yang tak ternilai. Setakat ini, jualan Ranger Raptor generasi baharu sudah melebihi angka 4,000 unit.

“Direka khusus untuk pemilik Raptor, acara ini menjanjikan peluang yang tiada tandingannya untuk mengalami sendiri kuasa penuh kenderaan mereka dalam persekitaran mencabar dan mengujakan, disamping memupuk hubungan erat dalam kalangan individu dengan minat yang sama serta sesama komuniti Ranger,” jelas Pengarah Urusan SDAC-Ford, Turse Zuhair.

acara off-road perdana

Pengumuman selanjutnya berkaitan acara ini akan dilakukan nanti, termasuk perincian bagi mereka yang bukan pemilik Ford yang berminat untuk menyertai acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut berkaitan SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di laman FacebookInstagramTwitter dan saluran YouTube, atau layari www.sdacford.com.my.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.