Siakap Keli
Pemilihan Dan Penjagaan Rak Pinggan Mangkuk Boleh Menjejaskan Kesihatan
Gambar Hiasan

Rak Pinggan Mangkuk Boleh Jadi Bahaya Kalau Salah Pilih, Ini Sebabnya

Rak Pinggan Mangkuk Boleh Jadi Bahaya Kalau Salah Pilih, Ini Sebabnya

Kebiasaanya, ramai yang akan mengelak daripada aktiviti dapur khususnya mencuci pinggan mangkuk selepas waktu makan harian mahupun majlis keraian.

Tabiat yang kerap dilakukan oleh segelintir orang yang sanggup membiarkan pinggan mangkuk memenuhi sinki dan menunggu keesokan harinya untuk mencucinya.

Namun, ada juga yang suka membasuh pinggan mangkuk berbanding dengan kerja rumah yang lain? Penulis sendiri rasa mencuci pinggan mangkuk melegakan tekanan.

Selain hanya termenung, mungkin boleh mencuba kepada aktiviti membasuh atau mencuci pinggan mangkuk yang dapat melawan tekanan kerana tumpuan diberikan sepenuhnya kepada makanan, bau sabun dan suhu air.

Kredit: @pemborongbajubudakmurah via Facebook

Menurut hellodoktor, aktiviti seperti ini dapat memberi tumpuan yang baik selain meningkatkan kualiti tidur, melawan tekanan dan mengurangkan rasa gelisah.

Anda sudah tentu terbiasa dengan cara untuk membasuh pinggan yang biasanya melibatkan beberapa bahan, antaranya sabun pencuci pinggan, span pencuci dan rak pinggan mangkuk.

Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk, pastinya ia diletakkan di rak sementara kering. Untuk yang tak tahu, pemilihan dan penjagaan rak pinggan mangkuk adalah antara perkara yang perlu dititikberat kerana boleh mengundang bahaya.

Setiap rak pinggan pasti mempunyai pelapik yang menampung air lebihan basuhan.  Kawasan ini perlu diberi perhatian kerana, air yang bertangkung boleh mengundang pembiakan nyamuk aedes sekali gus, kelembapan mengundang bakteria.

Kredit: @sajeshare via Facebook

Biasanya orang jarang mengambil berat tentang penggunaan dan penjagaan rak pinggan mangkuk asalkan pinggan mangkuk bersih dan tercuci sudah cukup.

Rak pinggan mangkuk ini juga dipanggil bakul pinggan mangkuk. Fungsinya adalah untuk menyusun pinggan mangkuk. Sebagai contoh, untuk meletakkan mangkuk, pinggan, penyepit, penyeduk, sudu, garfu, piring atau gelas.

Terdapat banyak gaya rak pinggan mangkuk dengan harga serta material yang pelbagai. Jika anda ingin memilih rak pinggan mangkuk dapur yang tidak toksik, ini antara tips yang boleh dijadikan panduan pemilihan.

Tips Pemilihan

  • Alat pengeringan pinggan mangkuk basah

  • Memilih rak yang berkualiti tinggi

  • Tidak mudah berkarat

  • Saiz rak perlu memenuhi ruang mengikut luas saiz dapur

  • Kapasiti rak jangan melebihi kapasiti pinggan mangkuk

  • Memilih bahan yang berbeza sama ada rak plastik atau rak keluli tahan karat

  • Tentukan penempatan  sama ada berhampiran sink atau di tempat yang boleh membersihkan air dengan muda

Sumber: Public Health Malaysia, venace.com

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.