Siakap Keli
(Video) Wanita Berkongsi Tips Mudah Tuala Tidak Berbau Hapak Selepas Basuh
Kredit: TikTok @eila.qieylah

(Video) Wanita Kongsi Tips Guna Cuka Tuala Mandi Tak Bau Hapak Selepas Basuh

Jarang orang mengambil berat tentang penggunaan mahupun penjagaan tuala mandi. Hal ini kerana, segelintar masyarakat sudah mengganggap tuala mandi sebagai keperluan selesai mandi sehari-hari.

Padahal, tuala mandi ini boleh dianggap sebahagian daripada pakaian harian anda. Perkara ini membezakannya dengan tuala mandi untuk mengelap tetapi, pakaian dipakai dan diganti setiap hari.

Tidaklah perlu menukar tuala setiap hari, cukup hanya menggunakannya selama tiga hari dah mencucinya. Dalam tempoh penggunaan itu, anda mesti perasan tuala mandi baru sahaja pakai sudah mula mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan atau hapak.

Penggunaan tuala mandi apabila badan anda sudah wangi dan selesai mandi, bagaimana ia boleh mengeluarkan bau hapak? Hal ini berpunca daripada kelembapan yang menjadi tempat kegemaran bakteria, virus dan kuman membiak.

Tahukah anda, tips untuk menghilangkan bau hapak pada tuala selepas mencucinya? Menerusi perkongsian pengguna TikTok iaitu eila.qieylah, boleh menjadi panduan yang bermanfaat untuk penjagaan tuala mandi agar tidak berbau hapak.

Tips Mudah Tuala Mandi Tidak Berbau Hapak Selepas Basuh

Teknik mencuci pakaian yang seperti biasa, sediakan tuala mandi yang sudah kotor dan masukkan ke dalam mesin basuh.

Kredit: TikTok @eila.qieylah

Kemudian, masukkan air dalam mesin basuh. Anda perlu masukkan sabun pencuci pakaian, softener dan cuka.

Kredit: TikTok @eila.qieylah

Kuantiti cuka tidak terlalu banyak cukup hanya satu bekas yang kecil sahaja. Jangan terlebih, risau tuala mandi atau pakaian menjadi masam bau cuka. Jemur di tempat menyidai pakaian, apabila ia sudah kering anda boleh cuba menghidu bau tuala mandi tersebut, sama ada masih berbau hapak atau tidak.

Semoga tiada lagi masalah bau hapak. Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @eila.qieylah

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.