Siakap Keli
galeri pelawat

Siti Khadijah Menyambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Perasmian Galeri Pelawat Pertama Di Nilai

Siti Khadijah Menyambut Ulang Tahun Ke15 Dengan Perasmian Galeri Pelawat Pertama Di Nilai

NILAI, 20 NOVEMBER 2024 Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan seiring produk pakaiannya, mengumumkan keraian ulang tahun ke15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah The Home of Siti Khadijah. Laman Khadijah ini menjadi saksi pembukaan bersejarah Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah, yang menawarkan satu penghayatan buat para pelawat mengenai 15 tahun perjalanan yang bermakna, daripada segi pembuatan, tradisi, dan inovasi

Pengunjung berpeluang melalui pengalaman yang istimewa, iaitu aktiviti menjahit secara sendiri, yang membolehkan setiap individu terlibat secara langsung dengan elemen kesenian di sebalik telekung ikonik Siti Khadijah.

galeri pelawat

Galeri eksklusif ini bukan sahaja mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah, tetapi juga menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya terdapat di Galeri Pelawat, yang menjadikan pelancaran tersebut sesuatu yang ikonik dan bermaknaAcara utama pada hari tersebut adalah majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Encik Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd).

Para jemputan yang dihormati adalah terdiri daripada VIP, rakan media dan pempengaruh. Para jemputan berpeluang membuat lawatan di sekitar Laman Khadijah, menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka, dan menyaksikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan AnbotKeunikan pada telekung buatan tangan Siti Khadijah ini tidak dinafikan sesuatu asset yang bernilai untuk dimiliki, terutamanya edisi terhad dan barangan eksklusifyang hanya boleh didapati di Galeri Pelawat

Sempena sambutan ulang tahun yang ke15 ini, Siti Khadijah turut mengumumkan Festival Siti Khadijah, yang akan diadakan di Laman Khadijah bermula dari 22 sehingga 25 November 2024. Pelawat yang mengunjungi Laman Khadijah berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi yang terpilih serta tawaran eksklusif ketika festival ini berlangsung

galeri pelawat

Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pelancaran festival ini juga akan dilakukan di semua butikbutik Siti Khadijah di seluruh negara, bermula pada tarikh 22 November 2024 sehingga 5 Januari 2025. Pelangganpelanggan berpeluang untuk menikmati diskaun hebat untuk barangan yang terpilih, dan memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400

Sejajar dengan visinya, Siti Khadijah berusaha untuk menjadi jenama antarabangsa pilihan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesederhanaan dalam mengetengahkan produk gaya hidup. Siti Khadijah merupakan jenama tempatan terkemuka yang telah mempelopori pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dengan lebih daripada 56 butik tempatan, satu (1) di Indonesia dan satu (1) di Singapura

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.