Siakap Keli
Palam USB Port
Kredit: AFP

Caj Telefon Pada ‘USB Port’ Punca Bateri Kereta ‘Kong’? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Caj Telefon Pada ‘USB Port’ Punca Bateri Kereta ‘Kong’? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Telefon bimbit atau dikenali sebagai ‘smartphone’ merupakan antara perkara penting yang perlu ada pada setiap orang pada masa kini.

Selain itu, ia dapat memudahkan perjalanan seseorang ke sesuatu destinasi, kekal berhubung bersama ahli keluarga dan rakan-rakan serta membantu anda jika berada dalam kecemasan.

Namun timbul masalah jika anda sedang bersiar-siar di satu kawasan dan menyedari bahawa telefon bimbit anda kekurangan bateri dan tiada powerbank bersama anda.

Apabila berlaku situasi begini, pasti anda akan mengecas peranti tersebut di dalam kereta sebagai ‘jalan’ yang terakhir.

Lebih-lebih lagi ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, ia mungkin kelihatan seperti masa yang sesuai untuk mengecas telefon pintar anda di dalam kereta.

Cas telefon menggunakan palam USB port melambatkan proses pengecasan?

Menurut portal Old Cars Weekly, palam USB port mempunyai sedikit kuasa untuk proses pengecasan jadi peratus bateri telefon pintar anda tidak menjadi konsisten berbanding ketika anda mengecas peranti berkenaan di rumah.

Bukan itu sahaja, malah peratusan bateri telefon anda mungkin telah mula berkurangan semasa dicas.

Hal ini kerana peranti menerima lebih sedikit kuasa daripada yang digunakan dan ia merupakan perkara biasa ketika mengecas dalam kereta.

Selain itu, adakala peratus bateri telefon pintar dicas pada kelajuan yang tinggi semasa menggunakan palam USB port.

Ia disebabkan kuasa yang diterima jauh lebih tinggi daripada yang diperlukan, namun ia boleh menyebabkan kesihatan bateri telefon pintar anda berkurangan.

Palam USB port menyebabkan bateri kereta ‘kong’?

Portal Old Cars Weekly berkata, anda akan menghadapi risiko kehabisan bateri apabila anda menghidupkan lampu kereta, pengecas telefon atau apa-apa aksesori lain yang menggunakan tenaga kuasa ketika enjin dimatikan.

Dalam erti kata lain, pengecas telefon pintar anda hanya akan menghabiskan bateri kereta anda apabila ia selesai tanpa menghidupkan kenderaan terlebih dahulu.

Difahamkan, pengecas telefon kereta hanya menarik kira-kira lima Watt tenaga ketika menggunakannya.

Sekiranya anda mengecas telefon pintar untuk jangka masa yang lama tanpa menghidupkan kereta atau mengecas semula bateri kereta, ia akan menyebabkan bateri kereta rosak sepenuhnya.

Cara selamat selain mengecas telefon pintar di dalam kereta

Dalam situasi ini, pastikan telefon pintar anda dicas sepenuhnya sebelum anda memulakan perjalanan.

Selain itu, anda boleh membeli powerbank daripada sumber yang dipercayai supaya anda boleh mengecas semasa dalam perjalanan tanpa perlu risau.

Ia mungkin mahal sedikit tetapi ia jauh lebih murah daripada pergi menukar bateri kereta yang habis sebelum pemeriksaan tahunan.

BACA: Kalau Pizza Bulat, Kenapa Disimpan Dalam Kotak Petak? Ini Sebabnya

Sumber: Old Cars Weekly

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.