Gadis Bingung Bapa Suruh Buat Majlis Kahwin Kat Pasar Tani, Rupanya Bapa Dia Tak ‘Kosong’
Bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, pemilihan lokasi majlis adalah antara keputusan terbesar yang perlu dibuat. Sama ada di dewan mewah, hotel, atau taman terbuka, setiap pilihan membawa suasana berbeza untuk hari bahagia tersebut. Namun, dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai mula mencari alternatif lokasi yang bukan sahaja praktikal tetapi juga mesra bajet.
Baru-baru ini, pihak kami menerima mesej lucu daripada seorang bakal pengantin di Facebook, yang berkongsi cabaran lucu ketika berdepan dengan idea unik ayahnya. Menurut cerita bakal pengantin, ayahnya berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan di Pasar Tani Kekal (PTK)!
Hai min, orang nak share sesuatu yang lucu tapi pening kepala jugak ni. Baru-baru ni bapak bagi idea “bijak” untuk majlis kahwin orang. Dia cakap, tak payah buat kat dewan mahal-mahal, buat je dekat Pasar Tani Kekal! Lagi dekat dengan rumah, jimat, dan parking luas katanya.
Serius min, orang tak boleh bayangkan macam mana nak buat persiapan majlis kahwin kat tempat yang biasanya penuh manusia datang beli sayur dan ayam! Yela min, orang nak buat kat dewan, bapak bertegas suruh buat majlis kat pasar tani, mana nak letak muka. Tapi bapak kata sekarang ni, Pasar Tani ni dah modern, dah macam community space – siap boleh guna untuk acara besar macam kenduri kahwin.
Memang tak biasa buat majlis kat situ… tapi orang pun tertanya-tanya, macam menarik pulak kalau betul ada semua kemudahan yang bapak cakap tu.
Sebenarnya agak ‘rare’ juga permintaan si bapa gadis berkenaan. Namun, mungkin gadis ini boleh pertimbangkan balik sebab kalau buat kat Pasar Tani Kekal, pasti kosnya jauh lebih murah daripada dewan-dewan yang serba mewah kan. Tapi, betul-betul boleh buat majlis perkahwinan ke dekat Pasar Tani Kekal?
Disebabkan kami sendiri pun dah disebelungi perasaan ini tahu, kami pun buat carian dan menghubungi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mendapatkan maklumat lanjut pasal PTK ni.
Hasil ‘siasatan’ yang pantas, kami dapati sebenarnya memang boleh buat majlis perkahwinan di Pasar Tani Kekal (PTK). Apa yang menariknya sebab kos untuk buat majlis di PTK jauh lebih murah, jadi inilah peluang untuk bakal pengantin.
Rupa-rupanya, bapa gadis ni memang tak kosong, dia tahu peluang yang boleh anak gadisnya manfaatkan untuk jimatkan kos majlis perkahwinan.
Untuk majlis perkahwinan, terdapat beberapa dewan yang boleh disewa di PTK dengan pilihan saiz dan harga yang berbeza, sesuai dengan bajet dan keperluan pasangan pengantin. Antaranya ialah Dewan Banquet, yang menawarkan ruang luas dengan 30 meja bulat dan 300 kerusi banquet. Bagi mereka yang menginginkan suasana lebih eksklusif, pilihan seperti Dewan Banquet + Sky View turut tersedia, yang menambah ruang Sky View bersama 60 meja bulat dan 600 kerusi, termasuk gabungan kerusi banquet dan plastik hitam. Selain itu, Ruang Sky View juga boleh disewa secara berasingan untuk majlis lebih kecil dengan harga yang lebih menjimatkan.
Bukan itu sahaja, PTK juga menyediakan pelbagai kemudahan tambahan untuk melengkapkan majlis anda. Antara peralatan yang boleh disewa termasuk meja, kerusi, sistem audio dengan mikrofon, LCD projektor, dan rostrum. Dengan harga yang sangat berpatutan, ini memberikan fleksibiliti kepada bakal pengantin untuk menyesuaikan majlis mereka tanpa perlu risau tentang kos tambahan.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai pakej dan kemudahan yang disediakan di RTC Perak:
Berapa RM Sewaan, Cara Booking, dan Lokasi:
- Dewan Bougainvillea:
- Kadar sewa: RM1,800 (Isnin-Jumaat), RM2,000 (Sabtu/Ahad/Cuti Umum)
- Kapasiti: 500 orang (lengkap dengan meja dan kerusi)
- Caj tambahan per jam: RM250
- Dewan 2.1 (Dewan Mokara):
- Kadar sewa: RM600 (Isnin-Jumaat), RM750 (Sabtu/Ahad/Cuti Umum)
- Kapasiti: 100 orang (lengkap dengan meja dan kerusi)
- Caj tambahan per jam: RM100
- Dewan 2.2 (Dewan Dendrobium):
- Kadar sewa: RM400 (Isnin-Jumaat), RM550 (Sabtu/Ahad/Cuti Umum)
- Kapasiti: 60 orang
- Caj tambahan per jam: RM70
- Pakej Perkahwinan Dewan Banquet:
- Harga bermula dari RM3,100 hingga RM4,200, bergantung pada kemudahan termasuk ruang Sky View.
Kemudahan:
- Tempahan peralatan seperti meja, kerusi, projektor LCD, dan sistem PA boleh dilakukan.
- Masa persiapan selama 5 jam disediakan sehari sebelum program berlangsung.
Selain itu, PTK juga menyediakan pelbagai lokasi yang boleh dipilih untuk menempah dewan mengikut kesesuaian dan keperluan majlis korang. Tempahan dewan boleh dibuat di beberapa lokasi berikut:
- PTK Kulim
- PTK Kg Gajah
- PTK Guar Chempedak
Setiap lokasi menawarkan dewan yang sesuai untuk pelbagai acara seperti seminar, kursus, majlis perkahwinan, dan lain-lain, dengan kemudahan yang moden serta harga yang berpatutan. Dengan pilihan ini, korang boleh merancang majlis di lokasi yang paling strategik dan dekat dengan keperluan komuniti setempat.
Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan dan pakej yang ditawarkan, korang boleh terus hubungi nombor ini: 011-1158 4385 (Fadzli Rahman)
Bukan itu sahaja, PTK juga menyediakan kemudahan moden yang fleksibel dan mesra komuniti untuk pelbagai acara. Sebelum itu, korang tahu tak apa itu Pasar Tani Kekal?
Apa Itu Pasar Tani Kekal?
Pasar Tani Kekal (PTK) adalah inisiatif kerajaan untuk memodenkan pasar tradisional. Ia menyediakan ruang niaga tetap yang lebih sistematik, bersih, dan selesa untuk penjaja kecil, peniaga tempatan, dan juga masyarakat umum.
Tempat Sesuai untuk Aktiviti Komuniti
PTK bukan sekadar pasar biasa. Selain membeli-belah, ia boleh menjadi tempat acara komuniti seperti kenduri kahwin, majlis perasmian, atau aktiviti masyarakat lain. Konsep ini menggalakkan perkongsian kemudahan dalam suasana mesra komuniti tanpa pemilikan individu.
Kemudahan dan Keistimewaan PTK
PTK menawarkan infrastruktur lengkap seperti:
- Ruang medan niaga moden
- Kawasan makan dan ruang promosi
- Tandas, surau, dan parkir yang luas
- Laluan kenderaan yang teratur
Keselesaan ini menjadikan PTK lebih daripada sekadar pasar. Ia lokasi yang sesuai untuk majlis yang memerlukan pengaturan sistematik dan mudah diakses.
Faedah untuk Usahawan Tempatan
Bukan itu sahaja, malahan PTK juga menjadi platform penting untuk usahawan kecil dan sederhana mengembangkan perniagaan mereka. Beberapa faedah utama termasuk:
- Ruang niaga tetap: Tidak perlu lagi risau tentang lokasi perniagaan berpindah-randah. PTK menawarkan tapak kekal untuk penjaja menjalankan operasi secara teratur.
- Kos penyelenggaraan rendah: Dengan konsep “Bayar-Guna-Serah Semula” (BGSS), kebersihan dan penyelenggaraan tapak dikawal selia dengan baik, membolehkan usahawan fokus pada perniagaan.
- Peluang eksklusif untuk rakyat Malaysia: Hanya warganegara Malaysia yang boleh berniaga di sini, menjadikan ia ruang eksklusif untuk penjaja tempatan mengembangkan ekonomi komuniti.
Keunikan PTK dalam Membangunkan Komuniti
Berbanding pasar biasa, PTK menyediakan ruang yang lebih teratur dan serba guna. Dengan pelbagai kemudahan tambahan seperti mesin ATM, ruang promosi, dan tempat duduk rehat, ia bukan sahaja memenuhi keperluan perniagaan tetapi juga menjadi pusat komuniti.
Jika dilihat, projek ini boleh bantu mengurangkan isu seperti kesesakan lalu lintas dan kebersihan, menjadikan PTK lebih mesra alam dan selesa untuk semua.
Contoh Kemudahan di PTK: RTC Perak dan RTC Kelantan
- RTC Kelantan – Pusat Transformasi Luar Bandar
RTC Kelantan adalah pusat pengedaran bekalan makanan negara dan pusat pemborongan serta peruncitan hasil-hasil pertanian. Ia menyediakan pelbagai kemudahan seperti:
- Ruang niaga: Penyewaan lot kedai, lot kawasan terbuka untuk pesta, dan lot promosi.
- Kemudahan acara: Dewan terbuka, bilik sejuk, serta gelanggang yang sesuai untuk majlis kenduri kahwin, perasmian, dan aktiviti komuniti.
- Sokongan usahawan: RTC memodenkan kemudahan rangkaian pasar borong, menjadikannya platform penting dalam pembangunan pemasaran hasil pertanian dan produk makanan tempatan.
- RTC Perak – Pusat Transformasi Luar Bandar (Gopeng)
RTC Perak berfungsi sebagai pusat integrasi perkhidmatan untuk masyarakat luar bandar. Beberapa manfaat utamanya ialah:
- Maklumat peluang perniagaan: RTC memberi akses kepada penduduk tempatan mengenai pelbagai peluang yang ditawarkan oleh jabatan dan agensi kerajaan.
- Pusat holistik: Sebagai hab perkhidmatan yang memenuhi keperluan menyeluruh masyarakat, RTC Perak turut menyediakan ruang niaga dan komuniti yang selesa.
- Kebolehcapaian: Lokasinya di Gopeng menjadikannya tumpuan untuk penduduk setempat dan pelancong yang ingin mendapatkan hasil tempatan berkualiti tinggi.
Sama ada korang bakal pengantin yang mencari lokasi majlis perkahwinan atau usahawan yang ingin memulakan perniagaan, PTK menawarkan pelbagai peluang. Dengan kemudahan moden dan sokongan untuk usahawan, ia membuktikan bahawa pasar tradisional boleh diubah menjadi ruang komuniti yang inovatif dan serba guna.
Untuk maklumat lanjut tentang kemudahan dan sewaan PTK, layari laman web rasmi FAMA hari ini. Ketahui lebih lanjut dengan klik di sini.