Siakap Keli
wanita maut peti sejuk
Kredit: Bernama

Wanita Ditemukan Dalam Peti Sejuk Maut Akibat Kecederaan Di Dada – Polis

Wanita Ditemukan Dalam Peti Sejuk Maut Akibat Kecederaan Di Dada – Polis

KUALA LUMPUR, 21 November (Bernama) — Laporan awal bedah siasat mayat wanita yang ditemukan dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG di sini, mendapati mangsa meninggal dunia kerana kecederaan pada dada akibat objek tumpul.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mayat wanita itu juga telah diserahkan kepada suaminya di Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata laporan penuh bedah siasat yang boleh membantu menjelaskan garis masa waktu mangsa meninggal dunia dan diletakkan di peti sejuk beku masih belum diperoleh.

“Setakat ini sebanyak sembilan rakaman percakapan telah dibuat bagi membantu melengkapkan siasatan. Kita tunggu laporan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: 11 Negeri, 3 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Rusdi berkata reman suspek yang juga anak lelaki kepada mangsa disambung tujuh hari hingga 26 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek telah keluar dari PPUM pada 6.15 petang semalam dan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields,” katanya.

Suspek berusia 53 tahun itu ditahan pada 12 Nov lepas, susulan penemuan mayat wanita pada 8.45 pagi dan direman bermula 13 Nov lepas.

Rusdi sebelum ini dilaporkan berkata suspek yang dirawat di PPUM selepas ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan polis masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital serta laporan bedah siasat tehadap mayat mangsa.

BACA: Insiden Penyu Naik Sehingga Ke Jalan Raya Bukan Fenomena Pelik

BACA: PASTI Cipta Rekod, Seramai 121,180 Murid Sertai Sesi Hafazan Al-Quran 

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.