Lelaki Kongsi Gearbox CVT Atau AT, Mana Lagi Praktikal?
Setiap daripada kita, tentunya memasang niat untuk memiliki sebuah kereta atau lebih.
Perkara pertama yang dilakukan pastinya melayari laman web rasmi syarikat kenderaan bagi memantau harga dan spesifikasi kenderaan tersebut.
Sebagai pembeli, pemilihan kereta bagi aspek dalaman dan luaran kereta perlu diberikan perhatian agar menepati ciri yang dikehendaki.
Selain itu, spesifikasi enjin juga perlu diberikan tumpuan oleh pembeli kerana ia mempengaruhi pengalaman pemanduan anda.
Salah satu perkara yang perlu dilihat adalah pemilihan jenis gearbox kereta. Umum mengetahui, setiap kereta dilengkapi dengan jenis gearbox yang berbeza seperti CVT dan AT.
Sudah tentunya, pengalaman pemanduan kereta di atas jalan raya adalah berbeza, apatah lagi sekarang pembeli boleh membuat pandu uji sebelum membeli.
Sehubungan itu, SK hari ini akan terangkan kepada anda mereka yang berniat untuk membeli kereta, mengenai perbezaan gearbox CVT atau AT, yang mana satu lebih praktikal di bawah.
Gearbox CVT, AT Yang Mana Lebih Praktikal?

Sekiranya anda telah memandu kenderaan yang menggunakan pelbagai jenis gearbox, tentunya anda dapat merasai kelainannya pemanduan termasuk tahap pecutan sebuah kereta itu.
Menerusi perkongsian TikTok @altimatsaujana, merungkai perbezaan antara gearbox jenis Continuously Variable Transmissionn (CVT) dan Automated Transmission (AT).
Menurutnya, gearbox CVT adalah lebih praktikal untuk kegunaan harian kerana pemanduan yang lebih lancar dan santai di kawasan bandar.
Perkara ini kerana gearbox CVT tidak mempunyai gear tetap, yang membuatkan pemandu tidak merasai pertukaran gear (shifting) semasa peningkatan kelajuan.
Macam mana pula dengan kos?
Seperti yang kita tahu, kos penyelenggaraan gearbox ini boleh mencecah ribuan ringgit jika mengalami masalah.
Namun, bagi mereka yang inginkan penjagaan gearbox yang mudah dan rendah kos penyelenggaraan, gearbox CVT adalah ‘mesra poket’ pengguna.
Selain itu, kelebihan lain gearbox CVT adalah penggunaan minyak yang kurang berbanding AT kerana komponen gearbox CVT adalah kurang dari AT termasuk menggunakan sistem Pulley dan Steel Belt.
Katanya, Pulley dan Steel Belt mampu menyelaraskan pemanduan kereta mengikut kelajuan secara berperingkat kerana pertukaran nisbah antara dua gear.
Jika kereta menggunakan lebih tenaga pada enjin, lebih banyak minyak yang diperlukan untuk enjin bergerak.

Bagi pemandu yang gemar memecut, kereta gearbox AT sesuai untuk pemanduan lasak di atas jalan raya berbanding gearbox CVT yang sesuai untuk pemanduan santai.
Jadi, kereta menggunakan gearbox CVT sesuai untuk mereka yang mementingkan penjimatan minyak dan kos penyelenggaraan.
Semoga bermanfaat.
@altimatsaujana CVT lebih praktikal dari gearbox AT ??!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelserviskereta #bengkelrepair #bengkelservis #bengkelaircond #bengkelaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #bengkelrepairaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk
♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama
Sumber: TikTok @altimatsaujana