Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 9 Negeri & 2 Wilayah Persekutuan Hingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri dan 2 Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Menurut METMalaysia, seluruh kawasan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal mengalami cuaca buruk itu.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar.
“Selain itu, di Selangor kawasan yang terlibat adalah Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
“Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan seperti Sibu, Bintulu (Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Lahad Datu),” maklum METMalaysia dalam kenyataan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02s8CeX3SwqT9UEBodc3EFRPxdyiXK9wh3dTBhDEDNXtcSRZhS96A8cBE8DHUSvofVl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia