Siakap Keli
strategi omnipresence

Pengukuhan Ketangkasan Penguatkuasaan KPDN Melalui Strategi Omnipresence Bermula Januari 2025

Pengukuhan Ketangkasan Penguatkuasaan KPDN Melalui Strategi Omnipresence Bermula Januari 2025

ALOR GAJAH, 25 NOVEMBER 2024 – Hari ini saya telah merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tahun 2024 bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka. 

Seramai 284 orang pegawai, iaitu 244 pegawai lantikan baharu serta 40 pegawai Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dan Pegawai Sedang  Berkhidmat (PSB) telah berjaya menamatkan latihan pada kursus kali ini. Kadet-kadet ini terdiri daripada Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41, Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 dan Pembantu Penguat  Kuasa Gred KP19. Dengan pengisian perjawatan skim penguat kuasa  PDN melalui kursus ini, jumlah keseluruhan pegawai dan anggota penguat  kuasa KPDN adalah seramai 2,464 orang. 

Pengisian perjawatan ini adalah sejajar dengan agenda KPDN untuk meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan. Bermula Januari 2025,  agenda ini akan diperkukuhkan melalui strategi meningkatkan keberadaan  (omnipresence) jentera penguat kuasa KPDN di lapangan. Strategi ini amat penting untuk memastikan aspek kawalan dan pemantauan diperkasakan  termasuk melaksanakan tindakan susulan terhadap setiap aduan dan  laporan yang diterima oleh pelbagai pihak. 

strategi omnipresence

Strategi omnipresence ini juga dirangka selaras dengan pelaksanaan KITA GEMPUR yang menggembleng peranan empat komponen pemegang  taruh, iaitu (K) agensi Kerajaan, (I) pemain Industri, (T) pematuhan  Tatakelola dan (A) partisipasi Awam dalam Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (GEMPUR). Melalui gerakan ini, dijangkakan  jumlah aduan dan laporan akan semakin meningkat yang menuntut  memperkasa keberadaan dan tindakan susulan para penguat kuasa KPDN  di lapangan. 

Pelaksanaan strategi omnipresence ini akan memerlukan pertambahan jumlah pegawai dan anggota penguat kuasa di lapangan, selain implikasi  kewangan lain yang meliputi aspek keperluan logistik, elaun tuntutan lebih  masa dan elaun tuntutan perjalanan. 

Oleh itu, KPDN telah mengemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk menggunakan sebahagian besar peruntukan tambahan yang telah  diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk memenuhi keperluan tersebut.  Sebagaimana yang telah dibentangkan, Belanjawan 2025 memperuntukkan  sejumlah RM60 juta kepada Penguat Kuasa KPDN dan Jabatan Kastam  Diraja Malaysia (JKDM) untuk memperkasa aspek penguatkuasaan. 

Pertambahan pegawai penguat kuasa KPDN ini akan dapat meningkatkan omnipresence atau kehadiran anggota penguat kuasa di pelbagai lokasi  secara berterusan bagi memastikan kawalan dan pemantauan yang efektif. 

Setakat ini, Bahagian Penguat Kuasa KPDN mempunyai 75 pejabat di seluruh negara termasuk di ibu pejabat negeri, cawangan dan sub  cawangan. Bilangan jentera penguat kuasa yang terhad menyebabkan  penempatan pegawai dan anggota tidak boleh dibuat mengikut jumlah  pentadbiran daerah yang wujud di seluruh negara.  

Sebilangan pentadbiran cawangan KPDN terpaksa berhadapan dengan cabaran liputan kawasan kawal selia yang terlalu luas dan isu logistik, selain  sebahagian pula berhadapan dengan jumlah kepadatan kependudukan dan  jumlah premis perniagaan yang amat tinggi. 

strategi omnipresence

Sebagai contoh, KPDN Cawangan Kapit mempunyai keluasan seliaan terbesar, iaitu 38,934 km persegi yang meliputi dua kawasan Parlimen dan  enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini diikuti KPDN  Cawangan Sandakan yang menyelia kawasan dengan keluasan 28,205 km  persegi dengan lima kawasan Parlimen dan 13 kawasan DUN. Manakala,  KPDN Cawangan Johor Bharu mempunyai kepadatan penduduk dan  premis perniagaan yang tinggi dengan meliputi enam kawasan Parlimen  dan 13 kawasan DUN. 

Sungguhpun berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran, KPDN akan terus komited memperkukuhkan ketangkasan penguatkuasaan sekali gus  memastikan wujudnya perdagangan dalam negeri yang sihat dan progresif  serta melindungi kepentingan pengguna. Pelbagai bentuk operasi  penguatkuasaan akan terus ditingkatkan melalui strategi omnipresence.

Melalui OPS TIRIS 3.0 bermula 1 Januari 2024 hingga 22 November 2024,  sebanyak 39,069 pemeriksaan telah dilaksanakan di seluruh negara.  aripada jumlah itu, sebanyak 2,521 kes direkodkan dengan 604 individu  telah berjaya ditangkap melibatkan warga tempatan dan warga asing dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah hampir RM87.03 juta  (RM87,034,264.29). 

Manakala untuk OPS KESAN pula, bermula 1 Januari 2024 sehingga 23 September 2024, KPDN telahmelaksanakan  50,725 pemeriksaan premis  dan telah menerima 106 aduan awam di seluruh negara. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.