Siakap Keli
hujan berterusan dua negeri
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Dua Negeri

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Dua Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dengan tiga peringkat iaitu tahap bahaya, buruk dan waspada.

Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran hujan berterusan pada tahap bahaya dikeluarkan bagi beberapa kawasan di dua negeri. Daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dijangka alami keadaan ini sehingga 29 November.

Melihat keadaan cuaca, beberapa kawasan lagi di enam negeri menerima amaran hujan berterusan pada tahap buruk sehingga 29 November. Kawasan yang tersenarai termasuk daerah Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah dan Hulu Perak di Perak. Begitu juga daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera di Pahang. Di Johor, hanya daerah Mersing tersenarai menerima hujan berterusan tahap buruk.

BACA: Kemalangan Di Setiu: Tiga Beranak Maut Baru Pulang Majlis Konvokesyen Anak Bongsu

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada bagi beberapa kawasan di tujuh negeri. Cuaca buruk dijangka berterusan sehingga 29 November di seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.

Beberapa daerah di Kedah turut menerima amaran ini iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak, daerah yang terlibat merupakan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar. Di Pahang, hanya daerah Raub dan Bentong dijangka alami tahap waspada.

Melihat keadaan di Johor, daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru bakal alami cuaca yang sama. Manakala tinjauan di Sabah menunjukkan cuaca buruk berterusan hanya melibatkan daerah Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

BACA: Kain Kafan Ibu Tak Hancur Selepas 12 Tahun Dikebumi

 

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran berlaku angin kencang dan laut bergelora pada kategori ketiga di Condore serta barat laut Reef North dengan kelajuan angin melebihi 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak 4.5 meter.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora pada kategori kedua pula dikesan bakal berlaku di perairan Terengganu dan Kelantan. Cuaca ini turut melibatkan timur laut dan barat daya Reef North serta Pulau Layang-Layang. Kelajuan angin dijangka antara 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak 3.5 hingga 4.5 meter.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.