Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Kredit: Zikri Mohamad

Disapa “Auntie” Di China, Gelagat Lelaki Borak Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Terhibur

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Disapa “Auntie” Di China, Gelagat Lelaki Borak Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Terhibur

Tidak sah jika berkunjung ke negara orang tanpa kesempatan berbual dengan warga tempatan. Biarpun faktor bahasa menjadi halangan dalam banyak perkara, sebolehnya kita cuba atasi dengan pelbagai cara antaranya menggunakan khidmat jurubahasa atau alat penterjemah dalam talian.

Teknologi canggih kini sedikit sebanyak dapat merungkai kekusutan sesiapa sahaja yang pergi melancong biarpun tidak dapat menggunakan bahasa yang biasa digunakan seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

BACA: Meruntun Jiwa, Suapan Ayah Jadi Kenangan Anggota MALBATT

Namun, berlainan pula dengan situasi seorang pemuda yang melancong ke China baru-baru ini yang berbual dengan warga tempatan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Warga maya tak kering gusi apabila seorang pengguna TikTok, Zikri Mohamad berkongsi video perbualan antara dia dan seorang pelancong yang bertutur bahasa Cina. Biarpun mereka tidak memahami apa yang dituturkan, kedua-duanya masih meneruskan perbualan sambil menikmati keindahan alam.

Dengan meletakkan kapsyen terjumpa warga Puchong di China, pemuda tersebut meraih perhatian warga maya yang terhibur apabila perkataan asal “thing bu dong” diterjemah oleh pemuda tersebut menjadi Puchong.

BACA: “Aku Namakan Dia Tuah,” Kisah Pesakit Skoliosis Hamil Buat Netizen Terharu

Menerusi temubual bersama SK, Zikri memberitahu dia sebenarnya faham serba sedikit perbualan menggunakan bahasa Mandarin. Malah, dia sebenarnya ketika itu sedang membawa sekumpulan pelancong melawat Jiuzhaigou, China.

“Saya faham sikit sangat Mandarin tapi perbualan yang ni saya betul-betul tak faham. Perbualan asas macam yang selalu pakai, berapa, mana, hai, nombor, dan beberapa lagi memang saya tahu. Yang ni memang sepatah pun saya tak faham.

“Kalau mereka boleh berbahasa Inggeris, selalunya saya akan terus berbual dalam BI. Sebab itu dalam video saya cakap ‘3 years old’ sebab nak uji mereka faham ke tak. Kalau tak, saya teruskan berbahasa (Melayu),” jelas Zikri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya tampil memperbetulkan kesilapan pemuda tersebut menterjemah kata-kata ‘warga Puchong’ berkenaan.

“Ting pu tong ialah tak faham, bukan Puchong,” komen seorang warga maya.

“Kau datang ni pakai baju ni ke beli sini? Apa dia? Beli Sini? Ha ya, datang dengan keluarga. Acik dari mana? Thing bu dong (tak faham apa kau cakap). Tengok anak kau kacak je. Oh acik orang Puchong,” terjemah seorang warga maya lagi.

BACA: Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam

Perbualan tersebut turut menjadi bahan ketawa warga maya apabila kedua-dua belah pihak masih meneruskan perbualan walaupun tersalah terjemah.

“Dua-dua tak faham tapi sibuk masing-masing nak berborak,” kata seorang warga maya.

“Lepas tahu makna dia lagi lawak rasanya,” ujar seorang lagi.

“Macam mana perbualan ni boleh jadi panjang, siap ada gelak-gelak macam masing-masing faham je,” seloroh yang lain.

Sumber: Zikri Mohamad