Siakap Keli
bunuh simpan peti sejuk
Kredit: Bernama

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu, Simpan Dalam Peti Sejuk

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu, Simpan Dalam Peti Sejuk

KUALA LUMPUR, 26 November (Bernama) — Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya yang mayat wanita itu ditemukan di dalam peti sejuk pada 12 November lepas.

Tertuduh, 53, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kematian ibunya Catherine Daniel, 77, ketika kejadian di sebuah rumah di Taman OUG, Brickfields di sini antara 21 dan 26 Mac 2021.

BACA: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan dikenakan maksimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada ikat jamin diberikan dan mahkamah kemudian menetapkan 7 Februari tahun hadapan bagi sebutan laporan forensik, bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 12 November, Bernama melaporkan seorang lelaki ditahan susulan penemuan mayat seorang wanita di dalam peti sejuk di sebuah rumah di Taman OUG.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita terbabit pada 8.48 pagi (12 November) sebelum lelaki itu ditahan.

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Dua Negeri

BACA: Pastikan Sah, Hanya 37 Syarikat Pengelola Jemaah Haji Berlesen Bagi 2025 

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.