Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
bekas kubu tengkera melaka
Kredit: Persatuan Kartografi Melaka
Tiada Kategori

Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Bekas Kubu Tengkera

Azizah Najib

Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Bekas Kubu Tengkera

Kesan-kesan sejarah di Melaka selepas dijajah ratusan tahun masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini. Bukan hanya Kota A’Famosa, malah binaan-binaan lain juga sebenarnya masih utuh di tempat asalnya.

Mungkin disebabkan tidak tercatat di dalam peta terkini, binaan-binaan ini tidak diketahui umum. Tambahan pula ditenggelami pembangunan di sekelilingnya, binaan bersejarah terbiar begitu sahaja selama bertahun-tahun tidak dikunjungi.

Baru-baru ini, Pengerusi Persatuan Kartografi Melaka berpeluang menjejaki bekas Kubu Tengkera. Dahulu, kubu ini digelar Fort of Tranquera. Ia ada tercatat dalam sebuah naskhah kartografi lama. Ikuti perkongsian saudara Shahrul Azzim Abd Aziz berkenaan kubu tersebut.

BACA: Nama Tercatat Dalam Peta Lama, Persatuan Kartografi Melaka Jejaki ‘Cotot’

Penyelidik merangkap Pengerusi Persatuan Kartografi Melaka, saudara Shahrul Azzim Abd Aziz (Encik Kartografi) melakukan tinjauan dan kajian terhadap kawasan yang dipercayai pernah menempatkan binaan bersejarah yang terdapat di Tengkera, Melaka. Kawasan tersebut dipercayai menempatkan lokasi sistem perparitan (Moat) yang digunakan sebagai salah sebuah fasiliti pertahanan.

Kredit: Persatuan Kartografi Melaka

Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang dilakukan pada sebuah naskah kartografi lama yang bertajuk Situatieplan des Kasteels en der Stad Malacca yang diterbitkan sekitar abad ke 18, di sebelah kiri kawasan yang dinamakan sebagai De Stad Malacca (Bandar Melaka) tersebut masih dapat dilihat sebuah kubu pertahanan yang diberi nama sebagai Fort of Tranquera atau Kubu Tengkera.

BACA: Tercatat Dalam Naskhah Kartografi, Laluan Lama Hubungkan Melaka & Johor Dijejaki

Di dalam peta tersebut juga, dapat dilihat sebuah sistem perparitan ataupun terusan yang terletak bersebelahan kubu tersebut yang berkemungkinan besar adalah “Moat” ataupun terjemahan di dalam Bahasa Melayu bermaksud sistem perparitan yang dalam dan lebar yang mengelilingi kota, kubu atau istana dan berfungsi sebagai elemen pertahanan dalam menangkis serangan musuh.

Kredit: Persatuan Kartografi Melaka

“Moat” ini membuatkan kawasan yang dinamakan sebagai De Stad Malacca di dalam peta lama tersebut kelihatan sebagai sebuah pulau. Ini kerana parit ini melingkari kawasan tersebut dari Sungai Melaka (Kini di sekitar Jambatan Hang Tuah) ke Selat Melaka (Kawasan Tengkera).

BACA: Berusia Lebih 100 Tahun, Stesen Kereta Api Lama Batang Melaka Dijejaki

Pada masa kini, Fort of Tranquera tidak lagi wujud dan sebahagian “moat” yang mengelilingi kawasan ini juga mungkin telah ditimbus atau telah menjadi sebuah sistem perparitan domestik. Kelihatan pintu masuk kepada “moat” tersebut sudah dijadikan seperti longkang besar dan tidak lagi terletak persisiran pantai. Ini kerana daratan yang semakin menganjur luas ke depan disebabkan kawasan yang telah mengalami proses penambakan.

Kredit: Persatuan Kartografi Melaka

Apa yang boleh diperhatikan pada masa kini ialah terdapat tembok lama di kiri dan kanan parit tersebut yang berkemungkinan merupakan sebahagian ‘moat’ atau parit lama tersebut (Masih dalam kajian selanjutnya).

Penulisan dan kajian oleh Shahrul Azzim Abd Aziz, Penyelidik merangkap Pengerusi Persatuan Kartografi Melaka.

Sumber: Persatuan Kartografi Melaka