Siakap Keli
Dipecat Gara-gara Tertidur Satu Jam
Kredit: SCMP

Dipecat Gara-gara Tertidur Masa Kerja, Lelaki Saman Syarikat & Menang RM215,000

Dipecat Gara-gara Tertidur Masa Kerja, Lelaki Saman Syarikat & Menang RM215,000

Seorang lelaki di China telah dipecat oleh sebuah syarikat kimia hanya kerana tertidur kira-kira satu jam ketika waktu bekerja.

Zhang, yang bekerja sebagai pengurus jabatan di syarikat yang berpangkalan di Taixing tertidur kerana kepenatan selepas bekerja lebih masa sehari sebelumnya.

Dia berkhidmat selama dua dekad dengan syarikat berkenaan sebelum dipecat awal tahun ini.

Selepas dipecat , Zhang dikatakan telah mengambil tindakan undang dengan menfailkan saman terhadap syarikat itu.

Lelaki tersebut berjaya memenangi kes berkenaan dan bekas majikannya diarahkan membayar pampasan kepada Zhang sebanyak 350,000 yuan (kira-kira RM215,670).

Lelaki menang saman syarikat selepas dipecat kerana tertidur masa bekerja

Menurut South China Morning Post, Zhang ditangkap tertidur menerusi kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di ruang pejabat syarikat tersebut.

Rakaman CCTV berkenaan kemudian digunakan sebagai bukti oleh pengurusan syarikat berkenaan untuk memecatnya.

Dua minggu selepas kejadian itu, bahagian sumber manusia syarikat berkenaan telah mengeluarkan satu laporan yang menyebut “Zhang ditangkap tertidur di tempat kerja kerana keletihan”.

Zhang dikatakan mengakui perbuatan tersebut dengan menandatangani laporan tersebut.

Menurut SCMP, rekod perbualan Wechat seorang kakitangan bahagian sumber manusia dengan Zhang sebelum laporan itu dikeluarkan turut menjadi tular di media sosial.

Dalam perbualan berkenaan, Zhang ditanya sama ada dia menyedari tempoh dia tertidur ketika bekerja yang mana Zhang menjawabnya kira-kira sejam atau lebih.

Selepas laporan berkenaan dikeluarkan, syarikat itu dikatakan telah berunding dengan Kesatuan Buruh dan akhirnya mengambil keputusan untuk memberhentikan Zhang.

Satu notis rasmi pemecatan atas kesalahan pelanggaran serius terhadap peraturan syarikat turut dihantar kepadanya.

“Zhang, anda menyertai syarikat ini pada 2004 dan menandatangani kontrak tetap.

“Namun, tingkah laku anda yang tidur di tempat kerja adalah pelanggaran serius terhadap polisi syarikat yang tidak bertoleransi dengan masalah disiplin.

“Oleh itu, dengan kelulusan Kesatuan Buruh, syarikat memutuskan untuk memberhentikan anda dan menamatkan semua hubungan kerja antara anda dengan syarikat,” kata notis tersebut.

Mahkamah memutuskan memihak kepada lelaki itu

Merasa tidak adil dengan pemecatan berkenaan, Zhang kemudian telah menfailkan tuntutan terhadap syarikat tersebut di Mahkamah Rakyat Taixing.

Dalam penghakimannya, Hakim Ju Qi berkata walaupun majikan mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pekerjanya kerana melanggar peraturan syarikat, namun ada syarat yang perlu dipenuhi.

Antaranya pelanggaran tersebut perlu dipastikan boleh menyebabkan kerugian besar kepada syarikat.

“Perbuatan Zhang tertidur yang menjadi punca pemecatannya adalah kesalahan kali pertama yang tidak mendatangkan kerosakan serius kepada syarikat,” katanya.

Mengambil kira Zhang telah berkhidmat selama 20 tahun di syarikat itu dengan cemerlang serta rekod kenaikan pangkat dan gaji, mahkamah memutuskan bahawa pemecatan tersebut adalah keterlaluan dan tidak munasabah.

Kputusan mahkamah seterusnya berpihak kepada Zhang dan layak menerima pampasan yang perlu dibayar oleh majikannya di atas pemecatan tersebut.

BACA: Lelaki Ditemukan Mati Dalam Kereta

Sumber: South China Morning Post

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.