Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Insiden Tular Bapa Dakwa Anak Meninggal Ketika Sesi Latihan Ketenteraan, Ini Respon ATM

Insiden Tular Bapa Dakwa Anak Meninggal Ketika Sesi Latihan Ketenteraan, Ini Respon ATM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil maklum berkenaan laporan berita yang disiarkan oleh media atas talian berkenaan dakwaan seorang bapa terhadap kematian anaknya ketika melaksanakan sesi latihan dibawah seliaan jurulatih tentera di salah sebuah Institut Pengajian Awam (IPT).

Menurut ATM dalam satu kenyataan, pihaknya mengesahkan bahawa kes itu kini sedang dalam siasatan oleh Cawangan Provol Marsyal, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi atau berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat di dalam kes ini.

“Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah,” kata ATM lagi.

Pada masa yang sama, ATM menggesa agar masyarakat memberi ruang kepada pihaknya untuk menyiasat perkara ini secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

“Selain itu, masyarakat juga diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang dilaksanakan.

ATM juga memaklumkan bahawa segala perkembangan hasil siasatan yang dijalankan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

https://x.com/MINDEFMalaysia/status/1861706627017290208?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR3_0tuHMdsMWanAhTjb7iylsW7GoP34G_XIudQBf0o1Sqre_Y-JPw9fs6M_aem_mpHqJdnw5gqYqlNX8Uu66w

Sumber: MINDEF Malaysia  

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.