Jalan Aring 8-Kuala Jeneris Ditutup Akibat Cerun Runtuh
Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu memaklumkan penutupan sepenuhnya kepada semua kenderaan di FT36 (Seksyen 89) Jalan Aring 8-Tasik Kenyir-Kuala Jeneris.
Difahamkan, makluman tersebut dikeluarkan kerana laluan itu terjejas teruk akibat cerun runtuh.
“Notis penutupan ini bermula 28 November 2024 sehingga ke tarikh dimaklumkan kelak,” tulis kenyataan JKR Hulu Terengganu menerusi Facebook.


Dalam pada itu, keadaan kawasan terjejas yang dikongsikan oleh pengguna jalan raya turut dikongsikan melalui Facebook Terengganu Voice.




BACA: Banjir: Situasi Di Kelantan Terkawal, Tidak Perlu Isytihar Darurat – Timb SUK Pengurusan Negeri
BACA: Banjir: 18 Sekolah Di Terengganu Di Tutup
BACA: Banjir: 32 Jalan Ditutup Di Terengganu
Sumber: JKR Hulu Terengganu