Siakap Keli

Nikmati Hidangan Terbaru K Fry, K Fry Urban Korean “Spicy and Sweet, A Festive Treat” & Menang Hadiah Eksklusif

Menjelang musim perayaan, mari raikan bersama dengan menikmati sajian yang menggetarkan deria rasa dan menyentuh hati! Tahun ini, K Fry Urban Korean membawa pengalaman sajian perayaan ke tahap baharu dengan menu istimewa “Spicy and Sweet, A Festive Treat”, dihasilkan khas untuk memberikan keseimbangan sempurna antara rasa lazat, keceriaan perayaan, dan detik yang sukar dilupakan. Tersedia bermula hari ini sehingga 31 Disember 2024, menu terhad ini membawa anda musim cuti yang lebih istimewa.

Sajian utama pada menu baharu ini ialah “Caramel Sriracha Chicken”, hidangan lazat yang mengimbangi rasa manis dan pedas dengan sempurna. Setiap potongan ayam goreng keemasan disaluti dengan sos karamel pekat yang diperkaya dengan kehangatan ‘sriracha’, disempurnakan dengan perahan limau yang menyegarkan. Bagi penggemar kepak ayam dan ayam tanpa tulang, hidangan ini berharga RM24.91 untuk kepak ayam dan RM22.61 untuk ayam tanpa tulang, menjanjikan letupan rasa dalam setiap gigitan.

Tiada sajian perayaan yang lengkap tanpa pencuci mulut, dan ‘Caramel Pudding Bingsoo’ dari K Fry adalah pilihan manis yang tidak boleh dilepaskan. Hidangan berkrim ini membawa bingsoo (ais kisar Korea) susu ‘signature’ mereka ke tahap yang lebih istimewa, dihiasi dengan puding karamel lembut serta sos karamel yang pekat. Dengan harga RM22.90, nikmat kemanisan terbaik ini direka untuk menceriakan hari anda pada musim perayaan.

Untuk melengkapi sajian istimewa ini, K Fry memperkenalkan dua minuman menyegarkan bagi meraikan semangat kemeriahan musim perayaan. 1-Litre Peach and Strawberry Twist Sparkling—gabungan minuman berkarbonat buah pic yang berjus dan masam manis strawberi—sesuai dinikmati sebagai minuman perayaan pada harga RM23.90. Manakala, “Kiwi and Orange Crush,” berharga RM16.50, menggabungkan kemanisan tropika buah kiwi dengan kesegaran oren, memberikan pengalaman rasa yang menyegarkan dalam setiap tegukan.

Apa erti musim perayaan tanpa rasa keseronokan? Bermula hari ini sehingga 31 Disember 2024, K Fry menjemput anda untuk menyertai K’Fries Wonderland Challenge, di mana setiap hidangan yang dinikmati di K Fry berpeluang membawa anda untuk memenangi barangan eksklusif dan baucar K Fry.

Ini adalah cara penyertaan: 

  • Berbelanja sebanyak RM100 dan ke atas dalam satu resit (termasuk mana-mana perisa K’Fries atau Tater Tots) di mana-mana cawangan K Fry.
  • Putar mesin ‘Gachapon’ untuk berpeluang memenangi barangan eksklusif dan baucar K Fry yang menanti anda!

Ayuh, ajak orang tersayang anda, kunjungi cawangan K Fry yang terdekat, dan sertai  semangat perayaan dengan sajian manis dan pedas ini. Untuk maklumat lanjut dan promosi mengenai K Fry, sila layari laman web, serta Facebook atau Instagram rasmi K Fry. 

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.