Siakap Keli
program matrikulasi sesi 2025
Sumber : BERNAMA

Permohonan Mengikuti Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka 1 Disember 2024

Permohonan Mengikuti Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka 1 Disember 2024

Putrajaya, 28 November 2024 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa permohonan Fasa 1 untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi KPM Sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dibuka bermula 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025. Permohonan Fasa 2 dan pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan. 

Permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my. Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM melalui laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas Keputusan SPM tahun 2024 diumumkan. 

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.