Siakap Keli
permohonan matrikulasi 2025
Kredit: Bernama

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka Mulai Ahad Ini

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka Mulai Ahad Ini

KUALA LUMPUR, 28 November (Bernama) — Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Dis ini hingga 28 Feb 2025.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan fasa dua dan proses pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.

Menurut kenyataan itu, permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my . Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.

“Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM,” menurut kenyataan itu.

BACA: Banyak Benda Kena Cakna, Ini Tip Persediaan Untuk Mendaki Gunung Kinabalu

BACA: Semua Kena Lengkap, Wanita Kongsi Panduan Lakukan “Solo Travel” Di Luar Negara

BACA: Strok Haba Dikenal Pasti Punca Kematian Pelatih Palapes UiTM

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.