Siakap Keli
Rumah Di Bandar Sri Sendayan

Beli Rumah Di Bandar Sri Sendayan, Lelaki Perjelas Kenapa Sanggup Redah 140km Pergi Balik Kerja Di KL

Beli Rumah Di Bandar Sri Sendayan, Lelaki Perjelas Kenapa Sanggup Redah 140km Pergi Balik Kerja Di KL

Nak buat keputusan untuk membeli rumah agak sukar sebenarnya, namun setiap orang pasti ada keputusan masing-masing bergantung kepada keperluan diri dan keluarganya. Ada yang memilih membeli rumah hanya berdekatan dengan tempat kerja, malah ada juga yang membeli rumah jauh dari tempat kerja atas faktor-faktor tersendiri.

Seperti seorang kenalan yang hanya mahu dikenali sebagai Adib, beliau sanggup meredah sejauh 140 kilometer (km) setiap hari untuk pergi dan balik kerja di KL, dek kerana rumahnya di Bandar Sri Sendayan. Tapi kan, kenapa dirinya sanggup mengharungi lebuhraya sejauh itu setiap hari, semata-mata mahu mempunyai rumah di Bandar Sri Sendayan? Mungkin ramai juga yang berbuat demikian, namun dimanakah sumber kekuatan mereka?

Menurut Adib, dia tidak kisah untuk mengharungi perjalanan sejauh itu dek kerana mahukan isteri dan tiga orang anaknya dapat hidup di dalam keadaan rumah yang selesa, mengikut kemampuannya. Mana tidaknya, rumah yang dibelinya itu dibina dengan penuh ciri-ciri keselesaan serta pelbagai kemudahan dan fasiliti yang telah tersedia. Jadinya, dia tidak kisah jika perlu menempuh perjalanan yang jauh kerana kini dia sudah mendapatkan rumah idaman yang serba sempurna buatnya dan keluarga.

Rumah milik Adib yang terletak di Bandar Sri Sendayan itu berkeluasan 2,498 persegi dengan tanah seluas sehingga 92 kaki panjang. Memandangkan anaknya mempunyai tiga orang, keputusannya untuk memiliki rumah ini sememangnya tepat kerana unit rumah ini telah dilengkapi dengan empat bilik tidur serta 4 bilik air dan juga disertakan dengan 1 bilik utiliti.

Apa yang lebih penting, rumah 2 tingkat yang dimiliki Adib juga mempunyai komuniti berpengawal supaya keselamatan ahli keluarganya lebih terjamin. Antara lain yang menarik perhatiannya mengenai rumah ini adalah dengan kemasan premium dengan lantai kayu berlamina di unit rumahnya.

Tapi, rumah mana yang diperkatakan ini?

Rumah yang dimaksudkan adalah unit Melora @ Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Adib membuat keputusan untuk mendapatkan rumah ini kerana kemudahan serta faedah pembeliannya sangat berpihak kepada pembeli. Mana tidaknya, rumah ini dilengkapi dengan ciri-ciri rumah pintar. Antara ciri yang boleh dinikmatinya adalah kunci digital, pencahayaan automatik, penyaman udara ‘IR Blaster’ dan juga sistem audio yang pasti memuaskan halwa telinga pemiliknya.

Jika nak cakap tentang fasiliti atau kemudahan, unit Melora dimiliki Adib ini juga menyediakan taman permainan, gelanggang badminton, hammock, gimnasium, laluan refleksologi, meja berkelah dan banyak lagi yang tidak disenaraikan. 

Rumah Di Bandar Sri Sendayan

Unit rumah Adib ini juga menawarkan kemudahan seperti kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat beserta kafe. Namun, kemudahan yang ini hanya boleh dinikmati sekiranya mendapat keahlian d’Tempat Country Club.

Mengulas pula tentang kenapa dia membeli rumah di Melora @ Sutera Bayu, Adib memaklumkan bahawa faedah pembelian sebenarnya menguntungkan dirinya. Apa tidaknya, Adib memberi tahu bahawa rumah ini ditawarkan melalui pakej eksklusif yang direka untuk pembeli Bumiputera. Antara lainnya, pembeli boleh menikmati penjimatan sehingga RM75k*.

Lebih menarik, yuran tempahan bagi unit ini hanyalah sebanyak RM300* dengan kadar faedah yang rendah dan juga pengecualian yuran guaman serta duti setem jugalah yang telah mempengaruhi keputusan Adib untuk memiliki rumah di sini. Dengan ansuran bulanan serendah RM2,439*, Adib boleh menyediakan rumah yang serba mewah serta selesa untuk keluarga yang mempunyai seramai 5 orang isi rumah itu.

Rumah Di Bandar Sri Sendayan

Tarikan Di Bandar Sri Sendayan 

Mungkin perkara ini sudah ramai yang mengetahuinya, Bandar Sri Sendayan sememangnya ‘hidup’ dengan pelbagai tarikan serta kemudahan yang menarik. Unit Melora @ Bayu Sutera juga berdekatan dengan Matrix Private School, Matrix International School dan juga Matrix International Pre School. Kawasan perumahan ini juga berdekatan dengan X Park Sendayan di mana pusat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, futsal dan banyak lagi.

Benarlah, ketua keluarga sanggup bersusah payah untuk memastikan ahli keluarganya dalam keadaan selesa, meskipun dia perlu meredah perjalanan yang jauh setiap hari. Jika diteliti data, ramai sebenarnya yang membeli rumah jauh dari tempat kerja kerana unit perumahan yang dibeli lebih menjanjikan keselesaan dan rasa berbaloi.

Namun, setelah adanya Melora @ Bayu Sutera ini lebih merancakkan orang ramai untuk memiliki rumah di Bandar Sri Sendayan dek kerana kemudahan dan faedah pembeliannya yang menguntungkan. Sekiranya korang mahukan lebih maklumat mengenai perumahan ini, korang boleh membacanya di pautan INI

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.