Siakap Keli
empangan pergau lepaskan air
Kredit: Astro Awani

Dakwaan Empangan Pergau Lepaskan Air Tidak Benar – TNB

Dakwaan Empangan Pergau Lepaskan Air Tidak Benar – TNB

KOTA BHARU, 29 November (Bernama) — Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.

TNB dalam kenyataan di laman Facebook miliknya memaklumkan air di empangan berkenaan berada pada paras normal dan terkawal.

“TNB ingin memaklumkan bahawa mesej tular yang kononnya Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air adalah tidak benar.

“Pengurusan Stesen juga telah memaklumkan status terkini empangan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan Jawatankuasa Bencana Daerah Jeli,” menurut kenyataan itu.

Justeru, TNB meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi TNB menerusi laman Facebook TNB CareLine atau X @Tenaga Nasional.

BACA: Beberapa Laluan Di Tanah Merah Ditutup, Jalan Terputus Akibat Banjir

BACA: Jangan Panik, Ini 5 Tip Selamatkan Kereta Selepas Tenggelam Dalam Banjir

BACA: Banjir: Pemuda Ikat Tong Dram Bawah Katil Untuk Keselesaan Bapa Sakit Terlantar

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.