Siakap Keli
Tip makan minum banjir
Gambar: BERNAMA

Ini 7 Tip Penting Sebelum Makan & Minum Semasa Musim Banjir

Ini 7 Tip Penting Sebelum Makan & Minum Semasa Musim Banjir

Setiap kali tiba penghujung tahun, berita tentang banjir besar akibat musim tengkujuh pasti menjadi perhatian rakyat Malaysia, khususnya di kawasan Pantai Timur Semenanjung.

Bencana ini sering kali mencetuskan kebimbangan kerana kesannya yang besar terhadap masyarakat.

Hujan yang turun tanpa henti menjadi punca utama banjir, memusnahkan pelbagai harta benda dan mengancam kesihatan mereka yang terjejas.

Dalam keadaan ini, akses kepada bekalan makanan juga menjadi cabaran besar. Laluan yang terputus dan kesukaran logistik sering menghalang bantuan makanan daripada sampai ke kawasan yang memerlukan.

Bagi mangsa yang masih mempunyai bekalan makanan di rumah atau di pusat pemindahan sementara, aspek keselamatan makanan tidak boleh diabaikan.

Ini penting kerana musim banjir meningkatkan risiko pencemaran makanan akibat penyakit bawaan air atau kehadiran vektor seperti nyamuk, lalat dan tikus.

Justeru itu, SK hari ini akan kongsikan tujuh tip keselamatan makanan semasa musim banjir yang dikongsikan oleh Hello Doktor.

1. Jangan sesekali memakan makanan yang telah bersentuhan dengan air kesan banjir

Anda tidak tahu sekiranya air banjir tersebut telah tercemar dengan najis daripada sisa kumbahan yang keluar.

Air banjir jelas sekali tidak bersih disebabkan oleh pelbagai agen pencemar yang berada di dalamnya. 

2. Elakkan pengambilan makanan yang tidak berada dalam bekas yang bertutup rapat

Ada kemungkinan makanan anda telah disentuh oleh haiwan-haiwan pembawa bakteria atau virus seperti lalat, tikus dan lipas.

3. Jangan makan makanan dalam tin yang telah rosak

Tin yang sudah kemek, bocor, berlubang, berkarat atau menggelembung adalah contoh petunjuk yang baik bahawa keadaan makanan di dalamnya mungkin telah berubah. 

4. Basuh semua peralatan makanan sebelum anda menggunakannya

Basuh pinggan, cawan, sudu, garpu atau pembuka tin dengan menggunakan sabun dan air bersih.

Anda juga boleh membasuhnya dengan siraman air panas setelah itu atau merendamnya sekurang-kurangnya selama 15 minit dalam air panas.

5. Basuh tempat penyediaan makanan, elak kesan banjir

Jangan sesekali tidak menghiraukan kebersihan meja penyediaan makanan anda. Gunakan sabun dan air bersih untuk membersihkannya.

Anda juga boleh menggunakan cecair peluntur klorin yang telah dicampurkan dengan air terlebih dahulu untuk tujuan cucian. 

6. Hanya minum air bersih

Sekiranya ada, minumlah minuman yang telah dibotolkan sahaja kerana kebersihannya adalah lebih terjamin.

Sekiranya tiada, anda boleh menggunakan air paip, tetapi perlu memasaknya terlebih dahulu. Jangan sesekali meminum air mentah.

7. Periksa makanan sejuk beku

Sekiranya peti ais anda terputus bekalan elektrik semasa banjir, cuba kurangkan untuk membuka peti ais dengan kerap.

Ini untuk memastikan bahawa suhu dalam peti ais kekal sejuk agar makanan sejuk beku anda tidak rosak. 

Sekiranya bekalan elektrik telah pulih, periksa setiap pek makanan anda.

Pastikan suhu setiap pek makanan berada pada paras bawah daripada 4 darjah Celsius.

Makanan juga masih selamat untuk dimasak dan dimakan sekiranya masih terdapat kristal ais padanya. 

Semoga tip ini bermanfaat serta dapat membantu anda dan keluarga sepanjang tempoh mencabar ini.

BACA: Jangan Panik, Ini 5 Tip Selamatkan Kereta Selepas Tenggelam Dalam Banjir

BACA: Tak Perlu Bahan Kimia, Wanita Kongsi Cara Halau Nyamuk Guna 2 Tanaman Ni

BACA: Ini 9 Tip Maintenance Kereta Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Hello Doktor

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.