Siakap Keli
kontinjen robotik juara keseluruhan
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia

Kontinjen Robotik Negara Juara Keseluruhan World Robot Olympiad Di Turkiye

Kontinjen Robotik Negara Juara Keseluruhan World Robot Olympiad Di Turkiye

Kontinjen Robotik Negara muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2024 apabila berjaya meraih enam pingat dan tiga anugerah.

Menerusi perkongsian di laman X Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kontinjen yang terdiri daripada 17 pasukan itu bertanding dalam lapan kategori di Izmir, Turkiye. Penyertaan yang melibatkan 71 orang murid, guru dan pegawai pengiring ini berjaya meraih dua pingat emas, tiga pingat perak, satu pingat gangsa dan tiga anugerah kecemerlangan.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan menyambut kepulangan kontinjen yang berjaya mengekalkan juara keseluruhan di Panama, tahun lalu.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan robotik negara,” ucap KPM.

BACA: Guru Sabah Juara Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris British Council 2024

Menurut perkongsian di laman Facebook Malaysia Robotics Competition, kontinjen negara menerima tiga Anugerah Kecemerlangan iaitu dua pasukan di tempat keempat dan satu pasukan di tempat keenam.

Bagi kategori Future Innovators peringkat Elementary, SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur memenangi pingat emas manakala SJKC Puay Chai 2, Selangor mendapat pingat perak. SMK Chuang Hua Miri, Sarawak pula berjaya mendapat tempat keempat dalam Kategori Future Innovators bagi peringkat Junior High.

Dalam pada itu, SMK Katholik, Selangor menduduki tempat keenam bagi kategori Future Innovators peringkat Senior High.

Dalam pertandingan Robomission peringkat Elementary, SJKC Bandar Sg Long, Selangor mendapat tempat keempat. Bagi peringkat Junior High pula, SMK Chung Hua Miri, Sarawak berjaya meraih juara, diikuti SMK Katholik, Selangor yang mendapat pingat perak. Peringkat Senior High bagi kategori yang sama pula menyaksikan pasukan SMK Chung Hua Miri, Sarawak menerima kalungan pingat perak.

SMK Chung Hua Miri, Sarawak sekali lagi menerima pingat apabila wakil sekolah tersebut mendapat tempat ketiga bagi kategori Robosports.

BACA: Pelajar Politeknik Juara ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’

Untuk makluman, pertandingan peringkat antarabangsa bertemakan “Earth Allies” ini dianjurkan oleh World Robot Olympiad Association. Malaysia merupakan antara 87 buah negara yang menyertai pertandingan ini, dengan penyertaan keseluruhan seramai 3,116 peserta yang mewakili 562 pasukan. Peserta menerima cabaran untuk menjadi agen perubahan yang mencipta inovasi dalam memelihara dan memulihara bumi menggunakan robot.

Tahun lalu, kontinjen Malaysia turut memegang gelaran juara keseluruhan di Pertandingan Antarabangsa WRO 2023 di Panama, lapor Astro Awani.

https://x.com/KemPendidikan/status/1863930433672818829

BACA: Leia Mayssa Wakil Malaysia & Asia Tenggara Ke Kem Matematik Antarabangsa

Sumber: Kementerian Pendidikan, Malaysia Robotics Competition, Astro Awani

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.