Siakap Keli

Ternampak Tikus Kat Restoran, Lelaki Tak Sangka Ini Terjadi Lepas Buat Laporan

Ternampak Tikus Kat Restoran, Lelaki Tak Sangka Ini Terjadi Lepas Buat Laporan

Nak pilih tempat makan kat mana ni bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Selain kena dengan selera pasangan kita, restoran tu pun kena la bersih supaya kesihatan dan keselamatan kita sebagai pelanggan terjaga.

Baru-baru ni, aku ada pergi restoran dekat kawasan rumah aku ni sebab kita ni sekali-sekala malas nak masak. Lepas pelayan dah ambik order aku, mata aku ni asyik melilau je tengok sekitar restoran tu. dari tempat aku duduk tu boleh nampak sikit kawasan dapur restoran tu.

Mata aku tertangkap kat satu benda yang bergerak-gerak kat lantai dapur tu. Terkejut aku wei, rupanya tikus kat restoran tu berlari berkejaran. Dia boleh Kuch Kuch Hota Hai pulak kat situ. Aku pun panggil pelayan tadi bagitahu yang ada tikus kat dapur dia dan aku batalkan order tadi sebab dah putus selera nak makan.

Aku pun terus buat laporan kat Kementerian Kesihatan Malaysia lepas apa yang terjadi kat restoran tadi. Tapi yang buat aku terkejut dan tak sangka, KKM pantas untuk datang dan buat serbuan pada restoran tersebut. Mereka juga diarahkan tutup sementara untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kedai.

Aku terus buat laporan kat KKM lepas apa yang jadi kat restoran tu tadi. Tak lama lepastu, KKM datang buat serbuan dan restoran tu pun diarahkan tutup sementara untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kedai. 

Pengiktirafan BeSS dari KKM

Tikus Kat Restoran

Aku baru tahu rupanya KKM dah mudahkan kita sebagai pengguna untuk pilih restoran yang bersih dan selamat. KKM akan memberikan pengiktirafan BeSS kepada restoran yang telah dinilai oleh KKM dan sebagai penghargaan kepada pengusaha sekaligus menggalakkan mereka mengutamakan penyedian makanan selamat dan sentiasa mengekalkan persekitaran premis yang bersih kepada pelanggan.

Tikus Kat Restoran

Pengiktirafan “BERSIH DAN SELAMAT” (BeSS) adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada premis makanan bagi menggalakkan pengusaha mengekalkan premis yang bersih dan menyediakan makanan yang selamat kepada pelanggan.

Daripada perspektif pengguna selaku pelanggan, pengiktirafan ini juga memberikan pilihan dan keyakinan kepada mereka dalam menentukan premis makanan yang bersih dan selamat berdasarkan logo BeSS yang dipaparkan oleh pihak premis yang telah diiktiraf.

Premis makanan yang memohon pengiktirafan BeSS perlu mematuhi kriteria-kriteria berikut:

i. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana agensi berkaitan
ii. Mendaftarkan premis menerusi FoSIM di bawah kategori P3 dan P4 sahaja. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang http://fosim.moh.gov.my
iii. Premis mempunyai lesen atau kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau surat pngesahan dari mana-mana agensi berkaitan.

Antara kategori premis yang layak memohon pengiktirafan BeSS adalah restoran, kedai makan, kafeteria, gerai makan, kantin sekolah dan kiosk makanan dan kenderaan menjual makanan. Proses pengiktirafan BeSS bermula dengan permohonan secara online di FoSIM atau dari notifikasi e-mel yang menyatakan premis anda layak memohon pengiktirafan BeSS. 

Kemudian, penilaian  akan dibuat oleh pihak KKM pada satu tarikh yang telah ditetapkan dan pemohon atau wakil perlu berada di premis ketika penilaian dibuat. Jika premis mendapat markah kurang dari 86% bimbingan dari KKM akan dijalankan dalam tempoh 3 bulan. Penilaian susulan akan dilakukan dalam tempoh 3 bulan dari penilaian pertama untuk memastikan pembetulan telah diambil. 

Laporan akhir penilaian akan dinilai oleh panel kelulusan Pengiktirafan BeSS dan sekiranya lulus pemohon akan dimaklumkan menerusi sistem FoSIM. Permohonan yang berjaya akan diberikan sijil pengiktirafan BeSS dan boleh pamerkan logo pengiktirafan BeSS di premis makanan sebagai rujukan pelanggan bahawa premis korang dah diiktiraf oleh BeSS. Tempoh sah laku pengiktirafan BeSS adalah 3 tahun.

Maklumat lanjut tentang pengiktirafan BeSS korang boleh layari laman web BeSS untuk memohon atau melihat senarai premis makanan yang mempunyai pengiktirafan BeSS. Korang pun jangan lupa kalau jumpa mana-mana premis makanan yang kotor buat laporan kat KKM segera dan jangan lupa lampirkan bukti dan lokasi restoran tersebut.

Tikus Kat Restoran

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.