Siakap Keli
hujan lebat pagi
Kredit: Bernama

8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Pagi Ini

8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat meliputi lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 3 pagi nanti.

Menerusi muat naik di laman Facebook, seluruh negeri Terengganu dan WP Labuan dijangka mengalami hujan lebat.

Di Kedah, daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling dijangka hujan lebat. Manakala di Perak, daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim diramal hujan lebat.

BACA: Wanita Rusia Maut Selepas Dihanyutkan Ombak Besar Ketika Duduk Tepi Pantai

Keadaan di Kelantan menunjukkan kebanyakan daerah bakal menerima hujan lebat. Kawasan yang tersenarai termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. Begitu juga Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Turun ke Pahang, hanya daerah di utara negeri dijangka hujan lebat meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut.

Di Selangor, hanya Sabak Bernam tersenarai.

Beralih ke Sarawak, antara kawasan yang dijangka hujan lebat ialah Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu dan Mukah. Begitu juga Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

Manakala di Sabah, Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dijangka hujan.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA: Kerajaan Teliti Kajian JICA Bina Tebing Di Kawasan Pantai Atasi Masalah Banjir – Anwar

Terdahulu, Bernama melaporkan jumlah mangsa banjir berikutan fenomena Monsun Timur Laut menurun kepada 59,815 orang malam ini. Penurunan ini berikutan trend menurun beberapa sungai di Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan mengekalkan pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir. Bantuan ini akan diberikan menerusi agensi berkaitan dan tidak akan melalui wakil rakyat, lapor Bernama.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) turut memberi bantuan.

“Insya-Allah, dengan keberadaan mereka di tempat banjir terutama pusat pemindahan sementara (PPS) telah cukup meredakan perasaan amarah (mangsa banjir) jika melihat tidak ada wakil rakyat yang turun,” kata beliau.

BACA: Remaja Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Bersama Rakan Di Sungai Neram

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, Bernama (1) (2)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.