Siakap Keli
Makcik Suka Bandingkan Anak-anak

“Abang Disindir Sebab Belum Sambung Belajar,” Gadis Kongsi Wujudnya Makcik Suka Bandingkan Anak-anak Saudara

“Abang Disindir Sebab Belum Sambung Belajar,” Gadis Kongsi Wujudnya Makcik Suka Bandingkan Anak-anak Saudara

Kebanyakan remaja, terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah pasti ada impian untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, tak semua dapat merealisasikan impian tersebut dek kerana sebab-sebab yang tertentu. Pun begitu, kita juga sukar untuk lari daripada mulut-mulut yang akan bercakap atau membandingkan orang yang belum sambung belajar dengan yang sudah melanjutkan pelajaran.

Seperti itulah yang dikongsikan oleh seorang gadis di aplikasi TikTok apabila salah seorang mak saudaranya telah menyindir abangnya sendiri dek kerana masih belum sambung belajar walaupun sepupu-sepupu yang lain sudah pun melanjutkan pelajaran. 

“Sepupu-sepupu kau yang lain semua dah sambung belajar, kau sampai bila nak kerja kat bengkel kereta tu, sampai tua nak main minyak hitam”

Begitulah gambaran kata-kata yang dilontarkan oleh makciknya sambil mengharapkan ahli keluarganya yang lain ketawa dengan ‘lawak hambar’ tersebut. Memang benar sepupu mereka yang lain-lain sudah pun menyambung pelajaran, namun menurut gadis berkenaan, semua orang ada hala tuju dan perancangan untuk kehidupan mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, selepas peristiwa itu, makciknya seakan ‘dipulaukan’ oleh ahli keluarga yang lain disebabkan mulut dan sifatnya yang suka membanding-bandingkan rezeki dan halatuju seseorang.

Berbalik kepada abangnya, dia sebenarnya memilih untuk bekerja di tempat yang diminati terlebih dahulu sebelum menyambung pelajaran untuk menimba lebih ilmu di institusi pendidikan. Walhal, abangnya telahpun membuat permohonan kemasukan ke Institusi Kemahiran MARA bagi melanjutkan pelajaran di dalam bidang automotif, bertepatan dengan minat dan impiannya yang ingin membuka sebuah bengkel kereta berkonsepkan ‘Workshop Cafe’. Namun, perkara tersebut tidak diketahui oleh makcik mereka dan mereka juga buat keputusan untuk tidak memberitahunya agar tiada lagi perbandingan ataupun cemuhan yang akan dilontarnya.

Ramai memilih bidang TVET untuk lanjut pelajaran

Seperti kisah yang dikongsikan gadis berkenaan, jelas kita lihat abangnya sendiri juga memilih untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang TVET disebabkan peluang yang lebih cerah.

Tidak dinafikan, bidang TVET semakin berkembang hari demi hari dek kerana permintaan ekonomi dan pembangunan negara yang melihat bidang ini sebagai pemacu kemajuan pada masa akan datang. Antara lain kelebihan bidang ini juga adalah pelajar-pelajar didedahkan silibus teori dan juga praktikal bagi ‘memesrakan’ pelajar dengan ilmu yang sedang mereka timba.

Jika dilihat, TVET juga mampu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dan juga pendapatan yang tinggi sekiranya peluang yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin. Namun, segalanya bermula dari menimba ilmu di institusi-institusi TVET seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan juga Institut Kemahiran MARA (IKM).

Bidang ini juga menumpukan pelbagai bidang di bawah 12 kluster yang menawarkan pelbagai program ataupun kursus. Kluster yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

  1. Kluster minyak & gas
  2. Kluster elektrik
  3. Kluster Elektronik
  4. Kluster mekanikal servis
  5. Kluster bioteknologi
  6. Kluster awam
  7. Kluster mekanikal pembuatan
  8. Kluster seni & rekabentuk
  9. Kluster alam bina
  10. Kluster pemprosesan bahan
  11. Kluster automotif
  12. Kluster bioperubatan

Lanjutan tarikh permohonan kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM

Berita baik untuk mereka yang terlepas untuk membuat permohonan sebelum ini, pihak MARA telah melanjutkan tarikh permohonan kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM bagi sesi Januari 2025. Lanjutan tarikh permohonan itu akan berakhir pada 8 Disember 2024, dimana ianya telahpun bermula sejak 1 Oktober yang lalu.

Bagi yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan melayari laman www.tvetmara.edu.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. Korang juga boleh terus untuk melayari pautan permohonan seperti di bawah:

Pautan Permohonan Kemasukan Ke KKTM, MJII & IKM

  1. https://apponline.mara.gov.my/Spupim_1/ 
  2. https://mohon.tvet.gov.my 

Jika mahu mendapatkan maklumat lanjut, korang juga boleh terus menghubungi pihak MARA melalui talian-talian di bawah:

Unit Promosi

☎️03-26134581

Unit Pengambilan Pelajar

☎️03-26134598

☎️03-26134589

☎️03-26134605 

📲www.wasap.my/60139498063 https://wa.link/l70cme 

Korang juga boleh melayari dan menyertai Keluarga TVETMARA di beberapa institusi pendidikan MARA seperti di bawah:-

✏️https://www.facebook.com/tvetmara

✏️https://twitter.com/tvetmara

✏️https://www.instagram.com/tvetmara

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: