Siakap Keli
calpis soda one in a million

Calpis Soda One In A Million 2024 Umum Top 100 Terbaik, Janjikan Persembahan Tergempak

Calpis Soda One In A Million 2024 Umum Top 100 Terbaik, Janjikan Persembahan Tergempak

Kuala Lumpur, [2 DISEMBER 2024] – Bersiap sedia untuk fenomena muzik terhebat! Calpis Soda, bersama Media Prima, dengan bangganya mempersembahkan kebangkitan terulung program realiti ikonik Calpis Soda One In A Million 2024 (CSOIAM)! Selepas selesai sesi uji bakat yang menggemparkan dan berjaya menarik lebih 5,000 penyertaan dari seluruh Malaysia, dari tujuh buah lokasi dan platform atas talian, kini peserta Top 100 terbaik diumumkan! Persaingan pencarian bakat yang paling berprestij di Malaysia ini kini melangkah ke fasa baharu yang lebih mendebarkan! 

Musim terbaru ini adalah kemuncak paling hebat dalam dunia hiburan Malaysia! Menandakan sebuah kepulangan paling dinantikan dalam sejarah televisyen Malaysia! One In A Million (OIAM), rancangan realiti nyanyian perintis dan terulung yang mula mencipta fenomena pada tahun 2006, kini kembali dengan kehebatan yang tiada tandingan! Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) membawa anda ke satu dimensi baharu hiburan.

OIAM telah melahirkan bintang besar di industri muzik seperti Yuna, Suki Low, Ayu Damit, dan Tomok, menjadikan pentas ini batu loncatan untuk mereka yang bercita-cita tinggi. Kini, selepas 15 tahun menyepi, OIAM bangkit semula dengan nafas baharu yang dipacu oleh Calpis Soda dan Etika Sdn. Bhd., kembali dengan skala dan platform yang lebih besar, lebih gempak, lebih berprestij, pentas lebih gemilang, dan peluang lebih hebat untuk para pemuzik berbakat yang mahu mencipta sejarah dan membawa hiburan Malaysia ke tahap yang lebih gemilang! 

Sidang media yang berlangsung di Jio Space, menjadi pentas eksklusif pertama perjalanan epik 100 peserta terbaik menuju ke peringkat seterusnya. Para media dan rakan kerjasama disajikan dengan pratonton eksklusif format pertandingan baharu yang menjanjikan drama dan kejutan setiap minggu, sesuatu yang tidak boleh dilepaskan!

Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, dua bintang terulung Malaysia, memukau dengan persembahan yang menyemarakkan pentas, menambahkan aura glamor dan kemeriahan luar biasa ke acara ini. Lebih hebat lagi, Calpis Soda memperkenalkan varian terbaharu, Calpis Soda perisa Anggur, simbolik kepada semangat segar kempen #SejutaSodaSatuJuara! Kesegaran baharu ini menceriakan bukan sahaja peserta, tetapi juga penonton dan peminat tegar minuman susu berkultur ini! 

Encik Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd. untuk Malaysia, Singapura, dan Brunei, meluahkan keterujaannya terhadap sambutan luar biasa daripada sesi uji bakat dan persediaan untuk rancangan siaran langsung yang akan datang.

Beliau berkata, “Kami benar-benar kagum dengan respon yang diterima. Bakat yang kami saksikan ketika uji bakat sungguh luar biasa, sangat menyerlah dan mengagumkan. Kini, kami bersedia melangkah ke fasa berikutnya iaitu pentas siaran langsung! Kami tidak sabar untuk melihat peringkat penjurian dan mengetahui siapakah yang akan menonjol dan merebut peluang sekali seumur hidup ini. Pertandingan ini bukan hanya hiburan semata-mata, malah ia adalah misi untuk mencari permata, bintang mega Malaysia yang seterusnya yang boleh mencipta legasi dan melakar sejarah.” 

Beliau menambah dengan penuh keyakinan, “Sebagai rakan kerjasama dan penerbit eksekutif, saya bangga menjadi sebahagian daripada rancangan yang telah mengubah landskap industri muzik Malaysia. Musim ini, Calpis Soda One In A Million kembali dengan lebih gah! Hadiah utama bernilai RM1 juta, termasuk wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, dan kontrak rakaman eksklusif untuk juara adalah tawaran yang tiada tandingan! Dan bukan itu sahaja!

Dengan kerjasama Media Prima, rancangan ini tidak hanya memberi peluang kepada peserta, tetapi juga kepada penonton untuk menang besar. Dengan sokongan rakan kerjasama, Calpis Soda turut membawa hadiah eksklusif yang mampu mengubah kehidupan untuk penonton di rumah dan juga di studio, dengan menawarkan sebuah Peugeot Landtrek untuk dimenangi setiap minggu!

Dengan mengundi peserta kegemaran mereka, penonton turut menyuntik semangat dan menjadikan musim ini lebih inklusif dan luar biasa. Semua ini selaras dengan misi kami untuk terus menawarkan pengalaman baharu yang segar dan menarik untuk penonton di seluruh negara sambil mengetengahkan bakat-bakat cemerlang Malaysia untuk menyinar.

calpis soda one in a million

Format Baharu, Bakal Menggegarkan Pentas Musim Ini 

Musim terbaharu Calpis Soda One In A Million bakal menjadi fenomena, menjanjikan keajaiban yang memukau, memikat hati peminat setia dan menarik perhatian penonton baharu! Dengan format yang direvolusikan, rancangan ini dijangka melonjakkan standard pertandingan bakat di Malaysia ke tahap luar biasa. Santharuban menyatakan dengan penuh semangat, “Sungguh luar biasa melihat kemunculan bakat-bakat baharu yang mengagumkan, dan lebih menarik lagi, peserta-peserta lama kembali mencuba nasib!

Ini membuktikan bagaimana One In A Million telah memberikan impak mendalam dan menjadi simbol perpaduan rakyat Malaysia melalui kecintaan mereka terhadap muzik. Rancangan ini adalah lambang nostalgia dan kegembiraan, dan kami sangat teruja untuk menyambut wajah-wajah lama dalam usaha mencari bintang mega seterusnya!” 

Pertandingan Calpis Soda One In A Million bakal menggegarkan TV3 bermula 22 Disember 2024 hingga 9 Februari 2025, dengan mengumumkan persembahan terbaik pada setiap akhir episod, dan kemuncaknya yang pasti mencetuskan fenomena – Grand Finale yang penuh debaran! Semasa sidang media yang penuh gemilang, 100 peserta terbaik, iaitu bakat-bakat paling bersinar yang bakal mencorakkan masa depan industri hiburan Malaysia, telah diperkenalkan. Kini, mereka akan bersaing habis-habisan untuk merebut tempat ke peringkat seterusnya, langkah pertama menuju puncak kemasyhuran! 

“Mengembalikan semula One In A Million dengan menawarkan hadiah bernilai RM1 juta menjadikannya Calpis Soda One In A Million pertandingan bakat dan muzik yang paling epik dan berprestij di Malaysia! Kami begitu teruja untuk memberikan peluang luar biasa kepada bakat-bakat muda bercita-cita tinggi, baik dari Malaysia mahupun negara jiran, untuk bersinar di pentas yang penuh ikonik ini!” kata Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Teeivisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

Beliau menambah, “Musim ini akan mencipta penanda aras baharu dan terhebat bagi pertandingan bakat di Malaysia! Dengan wajah-wajah baru yang penuh semangat, tenaga baharu, dan momen-momen bersejarah yang bakal menggemparkan! Kami tak sabar untuk menyaksikan bintang-bintang baru negara ini bersinar dan kami mengajak semua penonton, ayuh! Saksikan kebangkitan bintang-bintang ini dan ikut berinteraksi dan menyertai perjalanan menarik mereka ini!”

Musim ini, pasangan pengacara dinamik, Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy, bakal membawakan tenaga luar biasa mereka ke pentas, menambah gaya dan keterujaan yang tiada tandingan dalam setiap episod! Saksikan juga bimbingan daripada juri terkemuka, legenda muzik tanah air, Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain, yang akan membimbing peserta dengan kata-kata berinspirasi.

Tidak ketinggalan, kehadiran bintang Indonesia terkemuka, Cakra Khan, yang akan melengkapkan dan mengukuhkan lagi barisan panel juri dengan kewibawaan dan prestij mereka. Bersama-sama, mereka akan mengangkat kredibiliti, memberi perspektif segar dan tenaga baru, serta mencipta momen yang pasti membawa pengalaman penjurian ke tahap yang lebih luar biasa. Ini adalah musim yang tidak boleh dilepaskan! 

Selain dari menyaksikan persembahan dan menambah debaran di setiap minggu, penyingkiran penuh emosi akan membuatkan peminat sentiasa teruja! Dengan platform interaktif seperti media sosial dan undian mudah alih, setiap minggu penonton akan diberi kuasa untuk membentuk perjalanan pertandingan ini. Jadilah sebahagian daripada fenomena ini dan beri sokongan kepada peserta kegemaran anda! Setiap episod bakal membawa anda lebih dekat kepada kebangkitan bintang mega Malaysia yang seterusnya. Inilah peluang anda untuk merasai kegemilangan dan mengubah perjalanan pertandingan ini! Jangan ketinggalan! 

Rakan Penaja, Promosi dan Hadiah Mingguan Menarik! 

Calpis Soda One In A Million bukan sekadar pertandingan realiti muzik biasa. Ia bukan sahaja memberikan peluang kepada penonton di rumah yang mengundi peserta kegemaran mereka, tetapi juga lebih banyak kejutan. Penonton juga berpeluang memenangi kereta setiap minggu dengan kerjasama Peugeot! 

Tuan Jamie Francis Morais, Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, turut menyatakan, “PEUGEOT Malaysia berasa amat teruja menjadi penaja hadiah mingguan dan hadiah utama untuk Calpis Soda One In A Million—ia adalah sebuah platform yang memberi inspirasi kepada peserta untuk menembus sempadan dan mengejar impian mereka. Dengan tiga tonggak utama Allure, Emotion, dan Excellence, PEUGEOT Malaysia memberi sokongan penuh kepada kreativiti dan inovasi.

Dua model ikonik mereka—PEUGEOT LANDTREK yang gagah dan serba boleh, direka untuk menakluk kedua-dua jalan bandar dan laluan luar jalan, serta PEUGEOT 408 yang anggun dan ikonik, adalah simbol semangat revolusi jenama ini dan falsafah ‘Bahasa Tarikan’ mereka. Kedua-duanya mendefinisikan keanggunan automotif dan pengembaraan sejati.” 

Musim ini, Calpis Soda One In A Million terus melangkah jauh ke hadapan, menetapkan piawaian baru bagi pertandingan muzik di Malaysia! Terima kasih kepada rakan kerjasama hebat – Calpis Soda dan Peugeot, serta mengalu-alukan kehadiran Yes5G dan OPPO sebagai rakan penaja. Sumbangan unik mereka telah meningkatkan pengalaman lebih dinamik, energetik, dan menarik untuk peserta dan penonton serta semua yang terlibat. 

Menurut Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Setiap rakan kerjasama dan penaja memainkan peranan penting dalam menjayakan rancangan ini hingga membawa ia ke tahap yang tiada tandingan! Dari promosi luar biasa hingga teknologi tercanggih, menjadikan musim ini paling mengujakan dan penuh gempak! Kerjasama ini mencipta tenaga luar biasa, membawa inovasi hebat dan detik epik untuk penonton di seluruh Malaysia yang menjadi tanda jenama Calpis Soda One In A Million!” 

Nantikan kejutan hebat setiap minggu! Para peserta dan peminat boleh menjangkakan debaran dan kejutan mingguan kerana Calpis Soda One In A Million akan terus menggegarkan pentas hiburan dengan tenaga baharu, momen-momen indah, dan rasa keterujaan yang mendebarkan sepanjang musim ini. 

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan Calpis Soda One In A Million! Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini! 

Layari sekarang Facebook dan Instagram Calpis Soda untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan. Jom rasai debarannya! Jangan ketinggalan menyertai gelombang keseronokan ini! 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.